34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Aziz & Ruhainies Dikawal Tiga Pengawal Peribadi Di Mahkamah – ‘Doa Yang Baik’

    Shopee Sale



    ruhainies aliff-3

    Pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan kes pertuduhan kes khalwat.

    Doa yang baik

    ruhainies risteena

    Aliff dan Ruhainies dilihat tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi bersama peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A.Ghani sambil ditemani tiga orang pengawal peribadi.

    Ruhainies yang memakai jubah berwarna coklat meminta doa orang ramai agar urusannya hari ini dipermudahkan.

    Doa yang baik-baik.

    Kunci mulut

    " data-video-id="7426553492875070737">
    @official Aliff Aziz dan Ruhainies tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pukul 9:30pagi bagi perbicaraan prosiding kes khalwat # #fyp #news #ruhainies #aliffaziz #kes #khalwat ? original sound – OHBULAN!

    Sementara itu, Aliff yang mengenakan baju kemeja berona hitam memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik namun memilih untuk mengunci mulut dan enggan memberi sebarang respon kepada pihak media berhubung prosiding hari ini.

    Alhamdulillah.

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    Pada prosiding 3 Julai, Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz pada 3 Julai lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Beri Staff Bonus Tiga Bulan Gaji, dan Tiket Umrah Sebagai Hadiah

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
    Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah