29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Dah Boleh Rancang Untuk Berkahwin’

    Shopee Sale

    Pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida tumpang gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dilepas dan dibebaskan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Sambut Kemenangan Dengan Keluarga, Belum Fikir Fasa Seterusnya Dengan Bella

    Artikel Berkaitan: Umie Aida Naik Rimas Baca Isu Rumah Tangga, Titip Pesanan Buat Kaum Lelaki – ‘Lagi 5 Tahun, Kau Akan Menyesal’

    Doa ibu tanpa hijab

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, dilihat membuat panggilan video kepada Bella Astillah yang turut bersama Syed Saddiq sepanjang perbicaraan di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Rabu.

    Dalam pada itu, Umie meluahkan rasa syukur dengan keputusan yang berpihak kepada Saddiq selepas bertahun-tahun menegakkan keadilan.

    Doa seorang ibu tanpa hijab. Alhamdulillah.

    Kebenaran berpihak pada yang benar. Tahniah Syed Saddiq.

    Pada video berdurasi selama 27 saat itu, Umie sempat berseloroh mengenai hala tuju hubungan Saddiq dan Bella yang mendapat sokongan ramai.

    Kalau korang setuju, doa yang baik-baik buat mereka.

    Sekadar info, keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

    MENARIK:  Pelajar Umur 22 Tahun Ditemui Ma*i Tergantun*, Kakak Bau Busuk Disangka Bangkai Haiwan

    Sumber: TikTok @Umieaidaofficial

    The post [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Dah Boleh Rancang Untuk Berkahwin’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah