Penyanyi Aisha Retno menyorot perhatian warganet selepas memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya berdiri bersama dua bintang besar Hollywood, Ariana Grande dan Cynthia Erivo.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Sejarah Panic Attack Yang Agak Serius’ – Aisha Retno
Artikel Berkaitan: Dikatakan Terlalu ‘Over’ Menari, Aisha Retno Terima Teguran Ramai – ‘Harap Boleh Berikan Fokus Kepada Album Terbaharu Saya’
Terbaik Aisha
Aisha nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, dijemput khas bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana sekuel filem Wicked: For Good di Singapura, pada Khamis.
Mewakili Malaysia untuk tayangan perdana filem Wicked, saya sayang awak, Ari. Saya sayang awak, Cynthia.
Menerusi video yang dikongsikan, pelantun lagu Sutera itu berpeluang bersama Ariana dan Cynthia menyanyikan secara spontan lagu runut bunyi For Good.
Melalui perkongsiannya, Aisha meluahkan rasa teruja dapat bertemu dua figura yang sudah lama menjadi inspirasinya dalam bidang muzik.
Hidup saya berubah menjadi lebih baik kerana dua individu hebat ini. Saya telah menjadi peminat mereka sejak dahulu lagi.
Tidak hanya itu, Aisha turut mengambil kesempatan menyerahkan cenderamata istimewa berupa kain batik kepada kedua-dua pelakon tersebut sebagai tanda penghargaan dan kenangan mewakili budaya Malaysia.
Sumber: TikTok Aisha Retno
The post [VIDEO] Aisha Retno Berduet Dengan Ariana Grande & Cynthia Erivo, Netizen Kagum – ‘Macam Tu Je Dia Peluk’ first appeared on OHBULAN!.



Representing Malaysia for the wicked premiere,i love u ari,i love u cynthia.I indeed have been changed for good bcs of these two. #wickedmovie 

