
Pelakon Ahirine Ahirudin menafikan berlakon filem hanya mahu memenuhi permintaan sebaliknya lebih untuk mendapatkan pendedahan luas dalam bidang lakonan.
Bukan hanya penuhi permintaan

Ketika ditemui , aktres berusia 29 tahun itu berkata pemilihan naskhah dibuat atas kemampuan dirinya membawa watak tersebut selain mahu mencabar diri.
Orang suka atau tidak suka itu adalah subjektif. Saya akan tengok skrip sebelum saya pilih (naskhah) dan juga untuk pemilihan dibuat untuk pendedahan saya dalam lakonan.
Macam mana kita nak perbaiki diri kalau tidak mencuba? Jadi saya terima apa-apa cabaran atau apa-apa cacian yang dilemparkan semua saya terima. Yang mana saya boleh perbaiki, saya akan perbaiki.
Bagi saya, kalau dah diberikan tanggungjawab saya akan cuba sebaik mungkin.
Ahirine berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem perdana filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure pada Isnin.
Tak putus asa

Bercerita lanjut, pelakon filem Gadis Jolobu itu berkata dia tidak pernah terfikir untuk berputus asa malah sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri.
Putus asa tidak, sudah tentu rasa down itu normal tetapi kita kena tahu dekat mana yang kita silap kemudian usaha.
Memang kena sentiasa berusaha contoh fight muay thai sebelum ini, saya masuk untuk suka-suka tapi kalah. Tetapi orang tidak tahu kita dah buat berapa banyak latihan.
Orang tidak kisah berapa banyak kita usaha. Terpulang dekat kita sendiri nak perbaiki atau tidak sebab orang tidak akan kisah pun walaupun dah tahu usaha kita. Mereka cuma nak tahu keputusan je.
Untuk info, Ahirine merupakan pelakon utama bagi bagi filem Raya Emas yang turut dibintangi Melissa Francis, Dunstun Luther Junior, Winson Voon, Wahab Daszz Hairaf, Willy Alfred Ting dan Daniel Ackeem.
Menggabungkan elemen pengembaraan, mistik, dan keindahan alam Sarawak, filem penerbit Winson Voon dijangka akan menemui peminat pada 3 April depan di 20 pawagam termasuk di Sabah dan Sarawak.





