25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu ‘Menggeletis’ Balik Kerja Awal Bulan Ramadan, Cef Zam Mohon Maaf – ‘Saya Bergurau’

    Shopee Sale

    Cef selebriti, Datuk Cef Zam akhirnya tampil memberikan penjelasan selepas dikecam hebat susulan kenyataannya yang didakwa mempersoalkan tindakan segelintir umat Islam pulang awal dari tempat kerja sepanjang bulan Ramadan.

    Artikel Berkaitan: ‘Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik 4.30 Petang?’ – Pertikai Pekerja Pulang Awal Masa Ramadan, Chef Zam Dikecam

    Bergurau

    Menerusi hantaran di Threads, Cef Zam, 56, mengakui penggunaan perkataan dalam perkongsiannya sebelum ini kurang tepat sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

    Menurutnya, istilah ‘menggelitis’ yang digunakan sepatutnya merujuk kepada maksud bergegas atau tergesa-gesa, namun telah disalah tafsir sehingga mengundang kemarahan ramai.

    Nampaknya kenyataan saya sebelum ini telah menimbulkan kemarahan ramai. Saya ingin jelaskan bahawa saya tersilap memilih perkataan. ‘Menggelitis’ yang saya taipkan itu sepatutnya ‘bergegas’ atau ‘tergesa-gesa’.

    Bab ‘masak untuk katering’ pula saya maksudkan sebagai gurauan sahaja. Tidak terlintas di hati saya untuk memperkecilkan kepayahan anda semua yang berkejar pulang bagi membuat pelbagai persiapan.

    Mengakui kekhilafan diri, Cef Zam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan tersebut.

    Saya mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan saya yang telah menyebabkan kemarahan anda semua.

    Terdahulu, kenyataan Cef Zam mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet apabila dia meluahkan rasa hairan terhadap individu yang mahu menamatkan waktu kerja lebih awal sedangkan waktu berbuka puasa adalah sekitar jam 7.29 malam.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Arwah Nak Belanja Mak Dia Sempena Hari Lahir’ – Bapa Mangsa Serangan Balai Polis Ulu Tiram Menangis Kenang Anak

    Antara yang dipersoalkan adalah alasan untuk pulang seawal 4.30 petang, termasuk menyentuh secara sinis mengenai kemungkinan mahu memasak untuk perniagaan katering.

    Kenyataan tersebut kemudiannya tular dan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial sebelum beliau tampil memberi penjelasan.

    Sumber: Threads

    The post Isu ‘Menggeletis’ Balik Kerja Awal Bulan Ramadan, Cef Zam Mohon Maaf – ‘Saya Bergurau’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah