
Penyampai radio Hot FM iaitu AG Azmeer meraih perhatian warganet sewaktu berkunjung ke Bazar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar, baru-baru ini.
Cari makanan di bazar
Menerusi perkongsian Hot FM di TikTok, AG dilihat sedang berjalan mencari juadah berbuka puasa di bazar ramadan tersebut.
Sedang berjalan, terdapat satu gerai yang menarik perhatian AG sebelum penyampai radio itu singgah ke gerai tersebut.
Dapat dilihat, terdapat banyak makanan di gerai jualan wanita warga emas yang dibantu anaknya yang masih belum terjual.
Agihkan kepada pengunjung lain
Melihat keadaan itu, AG kemudiannya mengambil keputusan untuk memborong kesemua makanan sebelum diagihkan kepada pengunjung bazar yang lain.
Apa yang mencuri tumpuan ialah, jelas terpampar wajah syukur peniaga tersebut selepas AG membantunya menghabiskan jualan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap AG dan mendoakan agar pemilik nama Muhammad Azmir Selamat itu dimurahkan rezeki.
Komen netizen









