Penyanyi, Zizi Kirana mengakui bahawa dia tidak pernah menyesal atas keputusan berkahwin dengan pelakon, Yusuf Bahrin dan menganggapnya sebahagian daripada ujian kehidupan yang perlu dilalui.
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kongsi Gambar Bersama Keluarga Bekas Suami – ‘Abah & Mak Tetap Jadi Orang Tua Saya Sampai Bila-Bila’
Artikel Berkaitan: ‘Kembali Fokus Kepada Misi Kemanusiaan, Kita Tak Perlukan Perbalahan Tapi Kesatuan & Kekuatan’ – Zizi Kirana
Ujian dari Allah
Menerusi satu temu bual dalam podcast Confession Bilik Gelap, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berpandangan bahawa ujian yang dilaluiya mengajar dirinya bahawa segala yang ada di dunia ini bukan milik manusia, sebaliknya hanya pinjaman daripada Allah SWT.
Saya tidak pernah menyesal berkahwin.
Sebab saya rasa, itu adalah separuh daripada ujian.
Sikit ujian yang Allah bagi dekat saya untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang.
Di situ juga saya belajar sebenarnya, apa sahaja dekat dunia ini bukan milik kita pun.
Masa itu saya terfikir macam, benda yang kau paling sayang ini, Allah akan uji sebenarnya.
Bila Allah uji, saya kena belajar untuk melepaskan.
Itu sahaja yang saya fikir waktu itu, ‘Ini semua bukan saya punya, ini semua Allah punya’.
Tak ada yang kekal.
Dalam masa sama, Zizi turut mengakui pernah melalui tempoh kesedihan yang berpanjangan selama kira-kira setahun setengah ketika berdepan kemelut rumah tangganya.
Jadi itulah saya cakap kenapa benda itu saya hadapi sampai orang cakap saya pergi mahkamah pun boleh tenang.
Sebenarnya tak mudah, saya ada menangis apa semua.
Setahun setengah saya menangis.
Jadi saya pernah menangis dan saya jujur saya melalui proses itu, sebab saya juga manusia.
Terdahulu, Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga 19 September 2021 dan pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Saya Tidak Pernah Menyesal Berkahwin, Itu Separuh Daripada Ujian’ – Zizi Kirana first appeared on OHBULAN!.





