Isteri kepada pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya, berkongsi momen menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) di sebuah pusat perubatan menerusi beberapa keping foto.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Achey Kembali Jalani IVF, Bimbang Kecewakan Tiara – ‘Mama Ingat Lagi, Awak Sedih Sampai Tak Nak Makan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Baharu Selepas 9 Tahun Pakai Myvi – ‘Janji Awak Selesa Uruskan Hal Seharian’
TTC

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Nor Hasanah atau mesra di sapa Anne seakan memberi bayangan menerima pelbagai kata-kata negatif daripada orang luar.
Bagaimanapun, Anne memilih untuk teruskan usaha rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) meskipun sudah 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Jangan biarkan kata-kata orang menentukan nilai diri kita.
Terus melangkah, terus berusaha.
Yang lebih penting ialah bagaiman kita melihat diri sendiri dan apa yang kita perjuangkan.
Kata semangat dari netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Anne agar terus cekal dalam usahanya untuk menimang cahaya mata.
Untuk info, Anne dan Achey mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka mengambil seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.
Sumber: Threads @anne_achey
The post ‘Jangan Biarkan Kata-Kata Orang Menentukan Nilai Diri Kita’ – Isteri Achey Kembali Jalani IVF first appeared on OHBULAN!.





