28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Karnival Zakat Selangor 2025 Kembali! 150 Pempamer, 1,500 Peluang Kerja & Aktiviti Keluarga 3 Hari Berturut!

    Shopee Sale

    Korang yang duduk di Selangor atau kawasan berdekatan, inilah masa terbaik nak keluar bersama famili! Karnival Zakat Selangor 2025 kembali lagi, lebih besar, lebih meriah dan penuh aktiviti untuk semua lapisan umur.

    Karnival akan berlangsung dari 27 hingga 29 November 2025, dari 9.00 pagi sampai 9.00 malam, bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Masuk pula PERCUMA, memang rugi kalau tak datang!

    150 pempamer, Program Komuniti & pameran interaktif, semua ada!

    Facebook Lembaga Zakat Selangor

    Tahun ni, lebih 150 pempamer daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, industri dan usahawan tempatan berkumpul di bawah satu bumbung.

    Korang boleh jalan-jalan sambil explore macam-macam program dan inisiatif yang disediakan, termasuk berpeluang untuk berinteraski secara langsung dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memahami dengan lebih jelas tentang peranan, bantuan atau program zakat.

    Semuanya dalam suasana santai, mesra keluarga, dan sesuai untuk semua peringkat umur.

    i-Kerjaya: 1,500 peluang pekerjaan menanti!

    Nak cari kerja? Atau nak cari peluang baru?

    Karnival i-Kerjaya antara tumpuan utama tahun ini dengan lebih 1,500 peluang pekerjaan daripada 20 majikan merangkumi sektor:

    • Perkhidmatan
    • Pembuatan
    • Perdagangan
    • Automotif
    • Makanan & minuman

    Inisiatif ni terbuka kepada semua pencari kerja, tapi keutamaan diberi kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar untuk bantu mereka mendapat pekerjaan yang stabil dan sesuai.

    Aktiviti keluarga 3 hari tanpa henti, dari Zakat Run sehingga E-Sports!

    Tak lengkap kalau karnival tak ada aktiviti fun! Antara tarikan keluarga yang wajib korang singgah:

    • Sukaneka rakyat
    • Zakat Run
    • Zon E-Sports & VR Spot
    • Jualan Rahmah & Food Festival 
    • Cabutan bertuah setiap hari
    MENARIK:  ‘Adik’ Digigit Ular, Lelaki Tak Sempat Nak ‘Membuang’ – ‘Saya Geram & Pukul Berkali-Kali Sampai Mati’

    Nak aktiviti yang lebih santai dan tenang? Ada juga forum kehidupan & kekeluargaan yang disampaikan secara santai dan mudah difahami.

    Kanak-kanak pula confirm suka sebab maskot Omar & Hana akan muncul memeriahkan suasana. Ada juga Recycle Corner dan pertandingan mewarna untuk si kecil.

    Hadiah menarik, cenderahati & motosikal untuk pengunjung bertuah!

    Sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung, LZS juga menawarkan pelbagai hadiah istimewa seperti:

    • Cenderahati eksklusif LZS untuk pengunjung yang berdaftar
    • 3 buah motosikal sebagai hadiah istimewa sempena Kempen Hujung Tahun LZS

    Selain itu, tersedia kaunter bancian asnaf, semakan bantuan, taksir & bayaran zakat, semuanya boleh settle terus dalam satu tempat.

    Masuk PERCUMA & terbuka untuk semua

    Kalau korang nak tahu, karnival ini terbuka kepada seluruh warga Selangor dan kawasan sekitarnya tau. Jadi jom datang ramai-ramai bawa family dan kawan-kawan, confirm banyak benda menarik untuk buat dan belajar.

    Untuk info lanjut dan sebarang update terkini, jangan lupa follow media sosial rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Facebook, Instagram dan TikTok.

    The post Karnival Zakat Selangor 2025 Kembali! 150 Pempamer, 1,500 Peluang Kerja & Aktiviti Keluarga 3 Hari Berturut! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah