Kalau ada satu perkara yang sentiasa berjaya menghimpunkan rakyat Malaysia, jawapannya mungkin adalah makanan.
Tak kira bangsa, umur atau latar belakang, hampir setiap momen bermakna dalam hidup kita sering bermula di meja makan.
Daripada sarapan bersama keluarga, makan tengah hari dengan rakan sekerja hinggalah suasana meriah ketika kenduri atau rumah terbuka, makanan sentiasa menjadi penghubung yang mengeratkan hubungan.
Semangat itulah yang bakal diraikan di Festival FGV 2026 sempena Hari Peneroka FELDA 2026 di Perkarangan Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka.
Lebih daripada sekadar festival makanan, acara ini menghimpunkan pelbagai pengalaman yang membawa pengunjung mengenali jenama FGV dengan cara yang lebih dekat menerusi hidangan, aktiviti dan suasana komuniti yang cukup istimewa.
Lebih daripada festival makanan, ini tentang nostalgia & kebersamaan
Bagi ramai orang, makanan bukan sekadar mengenyangkan perut. Setiap hidangan sering dikaitkan dengan kenangan yang sukar dilupakan.
Ada aroma masakan yang mengingatkan kita kepada air tangan ibu. Ada juadah yang mengembalikan memori kenduri kampung, jamuan sekolah atau makan beramai-ramai bersama keluarga dan jiran.
Perasaan itulah yang cuba dibawakan di Festival FGV.

Sempena Hari Peneroka FELDA 2026, warga peneroka daripada pelbagai generasi kembali berhimpun untuk bertemu semula, berkongsi cerita dan mengimbau perjalanan komuniti yang telah dibina sejak lebih tujuh dekad lalu.
Dalam suasana itu, makanan menjadi medium yang menyatukan semua. Daripada satu hidangan, lahir pelbagai cerita. Daripada satu meja, tercipta semula kenangan yang terus hidup merentasi generasi.
Rupanya banyak produk FGV sudah lama ada di dapur kita

Apabila menyebut nama FGV Holdings Berhad, ramai yang terus mengaitkannya dengan industri perladangan.
Namun tanpa disedari, produk keluaran FGV sebenarnya sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Minyak masak SAJI, marjerin Seri Pelangi, susu pekat SAJI dan Gula Prai merupakan antara jenama yang sering digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan di rumah.
Daripada secawan teh tarik hinggalah kuih kegemaran keluarga, produk-produk ini sudah menjadi pelengkap di dapur ramai rakyat Malaysia.
Sebab itulah Festival FGV bukan sekadar memperkenalkan produk kepada pengunjung, malah memberi peluang untuk mengenali kisah di sebalik jenama yang selama ini setia menemani rutin harian di rumah.
Warung FGV bukan food sampling biasa, memang datang lapar balik kenyang

Jika kebanyakan festival hanya menawarkan food sampling dalam kuantiti kecil, Warung FGV tampil dengan pengalaman yang berbeza.
Di sini, pengunjung boleh menikmati hidangan dalam saiz sebenar yang disediakan menggunakan produk-produk FGV.
Daripada roti canai, nasi goreng, bihun goreng, mi goreng, ayam goreng, burger sehinggalah air balang, semuanya tersedia untuk dinikmati.
Lebih menarik, menu yang dihidangkan bukan sekadar menyelerakan, malah cukup dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia. Sama ada hidangan sarapan, makan tengah hari, minum petang atau menu yang sering dihidangkan ketika majlis dan kenduri, semuanya boleh ditemui di Warung FGV.
Kalau sudah jatuh hati dengan mana-mana hidangan, pengunjung juga boleh singgah ke booth produk FGV untuk mendapatkan bahan-bahan yang digunakan dan mencuba sendiri resipi tersebut di rumah.
Satu festival, pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga

Selain menikmati pelbagai hidangan, Festival FGV turut menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Sepanjang dua hari penganjuran, pengunjung boleh menyertai permainan interaktif, aktiviti santai dan menikmati persembahan pentas yang memeriahkan suasana festival.

Kanak-kanak boleh bermain sambil belajar, ibu bapa pula boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Pendek kata, Festival FGV bukan sekadar destinasi untuk menikmati makanan, tetapi juga ruang untuk mencipta kenangan bersama insan tersayang.

Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman ini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Festival FGV sempena Hari Peneroka FELDA 2026 di Zon C, Perkarangan Stadium Tun Abdul Razak Jengka pada 6 Julai 2026 hingga 7 Julai 2026, bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Paling menarik, kemasukan adalah percuma.
Jadi, ajak keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menikmati kemeriahan Festival FGV. Siapa tahu, korang bukan sahaja pulang dengan perut yang kenyang, tetapi juga membawa pulang kenangan manis yang akan terus dikenang.
The post Apa Yang Menyatukan Rakyat Malaysia? Jawapannya Mungkin Ada Di Warung FGV first appeared on OHBULAN!.





