Sebanyak 38.64 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini.
Berdasarkan data terkini yang dikongsikan di Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah tersebut mewakili 7,963 anggota tentera dan pasangan serta polis.
Sebanyak 64 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 20,607 pengundi berdaftar menjalankan amanah mereka hari ini.
Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang ini, bergantung pada lokasi dan jumlah pengundi berdaftar.
PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pengundian bagi 2.7 juta pengundi ditetapkan pada Sabtu ini.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari





