30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hanya Bermodalkan RM1, Rezeki 10 Pasangan Pengantin Naik Pelamin Serentak

    Shopee Sale

    Hanya bermodalkan RM1, impian 10 pasangan untuk meraikan hari bahagia mereka akhirnya menjadi kenyataan apabila diraikan dalam sebuah majlis penuh meriah menerusi program Raikan Cinta.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Achey Impi Muncul Di Billboard, Jakel Tawar Jadi Duta – ‘Saya Tolak Bukan Kerana Bayaran’

    10 pengantin sanding serentak

    Program yang berlangsung di Ever Glory Kuala Lumpur, Jakel Square itu menghimpunkan 10 pasangan pengantin yang dipilih khas menerusi Kempen Kahwin Seringgit untuk menikmati pengalaman perkahwinan yang cukup bermakna.

    Masing-masing tampil anggun menggayakan pelbagai rekaan busana pengantin eksklusif yang menggabungkan elemen tradisional dan moden.

    Program tersebut merupakan acara kemuncak sempena Jakel Bridal Sale 2026 yang masih berlangsung sehingga 12 Julai ini.

    Selain meraikan pasangan bertuah, majlis itu turut memperkenalkan pelbagai koleksi busana perkahwinan terkini kepada orang ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat – ‘Walaupun Sikit Awak Bayar Tapi Cakna’

    Majlis berkenaan dijayakan menerusi kerjasama strategik bersama Ever Glory Kuala Lumpur yang bertindak sebagai penaja utama dengan menyediakan lokasi, katering, dekorasi serta keseluruhan persiapan dewan.

    Lokasi itu turut menjadi pilihan bagi pelbagai acara termasuk majlis perkahwinan, seminar, persidangan, makan malam korporat, pelancaran produk dan sambutan istimewa.

    Program Raikan Cinta turut mendapat sokongan beberapa rakan kolaborasi termasuk The Tmpo, Eventech Solutions Sanggul BRIDE2B dan LAVUE LENS serta pelbagai vendor tempatan.

    Orang ramai, khususnya bakal pengantin, dijemput mengunjungi Jakel Bridal Sale 2026 yang berlangsung sehingga 12 Julai ini bagi menikmati pelbagai tawaran istimewa, pilihan busana pengantin serta mendapatkan inspirasi lengkap untuk merealisasikan majlis perkahwinan impian.

    The post Hanya Bermodalkan RM1, Rezeki 10 Pasangan Pengantin Naik Pelamin Serentak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah