25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hadiah Rumah Kondominium Demi Masa Depan Anak-Anak

    Shopee Sale



    wawa aeril

    Pasangan selebriti dan usahawan,  Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua unit kondominium kepada dua orang anaknya, Soffya dan Fahri sempena ulang tahun kelahiran mereka.

    Persediaan masa depan

    wawa sedia anak rumah

    Ketika ditemui , Wawa, 33, berkata keputusan membeli rumah yang terletak di Bangi, Selangor adalah sebagai aset untuk masa depan.

    Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.

    Rumah yang dibelikan tidaklah terlalu mahal, berpatutan saja. Mengenai harga, rasanya tak perlu saya kongsikan.

    Setiap anak dapat rumah

    wawa zainal rumah anak

    Tambah Wawa, dia dan Aeril menyediakan setiap orang anak kediaman masing-masing di samping menyimpan wang bagi kegunaan pembelajaran atau kecemasan yang tidak diduga.

    Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah. Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Semua itu hasil perniagaan kami.

    Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku.

    Wawa dan Aeril berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor, pada Sabtu.

    MENARIK:  Naz Rahman Beri Sebab Kenapa JJCM Tak Pernah Beri ‘Rating’ – ‘Rambut Sama Hitam, Tapi Lidah Lain’

    Bercerita mengenai produk terbaru, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin berkata dia memperuntukkan sebanyak 100,000 unit untuk kempen kali ini.

    Ramai ibu bapa yang ragu-ragu untuk pakaikan anak-anak sunscreen dewasa, jadi saya bantu terutama pada yang kulit sensitif.

    Baby Sunscreen ini diformulasikan secara mineral base yang sangat bagus untuk kulit budak-budak.

    Kami jual dengan harga RM12 untuk saiz kecil manakala saiz besar berharga RM35.

    Sekadar info, Aeril dan Wawa berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah