30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    VIDEO] Abby Abadi Dedah Marissa Dania Mahu Diselamatkan? – ‘Dia Nak Tapi Perlu Masa’

    Shopee Sale

    Pelakon, Abby Abadi mendedahkan anaknya, Marissa Dania kini sedang berusaha untuk meninggalkan hubungan yang didakwa toksik bersama suaminya, Aslam.

    Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

    Perlu masa

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, berkata Marissa berada dalam keadaan baik walaupun aktres itu lantang bersuara tentang hubungan mereka di media sosial.

    Kata Abby, Marissa masih memerlukan masa dan kekuatan untuk berani meninggalkan hubungan yang didakwa toksik itu.

    Dia berada dalam keadaan yang perlu dibetulkan dan kita kena bantu dia.

    Marissa okay saja. Dia memang nak diselamatkan dan keluar tetapi dia kata bagi masa. Saya kata dengan dia jangan buang masa.

    Sebelum ini, Abby menyatakan dia mempunyai sebab yang kukuh bersuara tentang hubungan Marissa dan suaminya.

    MENARIK:  [VIDEO] Azmi Jamsari Kesal Masyarakat Kini Bina Tandas Dalam Rumah – ‘Ibarat Kita Bawa Makhluk Halus Masuk’

    Abby menjelaskan sudah dua tahun dia membiarkan Marissa merasai sendiri jalan hidup yang dipilih meskipun haknya sebagai ibu tidak didengar.

    Kata Abby, tempoh dua tahun itu sudah cukup lama untuk membiarkan anaknya terus terperangkap dalam hubungan yang membuatkannya memendam perasaan.

    Sumber: Threads

    The post VIDEO] Abby Abadi Dedah Marissa Dania Mahu Diselamatkan? – ‘Dia Nak Tapi Perlu Masa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah