Pengacara Azmi Jamsari kesal masyarakat kini menormalisasikan kehidupan moden sehingga melupakan amalan-amalan bagi mengelakkan daripada gangguan makhluk halus.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Mimpi Hantu Menakutkan Sebelum Badan Penuh Ruam Merah
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Dirasuk Ketika Kendalikan Podcast Sembang Seram – ‘Tadi Seru Nama Kan, Saya Dah Datang’
Tandas dalam rumah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Azmi mempersoalkan kebanyakan reka bentuk rumah kini yang meletakkan tandas di dalam rumah.
Azmi mendakwa, tandas merupakan tempat yang didiami oleh makhluk halus, maka ia sepatutnya diletakkan di luar rumah.
Kenapa buat tandas dalam rumah? Itu tempat siapa?
Kita bawa dia (makhluk halus) masuk dalam rumah.
Kita mengamalkan budaya hidup siapa?
Kita ambil mudah kehidupan yang diamalkan orang lain. Contoh, macam dulu tandas di luar.
Kalau kena kacau pun tak heran, tandas itu rumah dia.
Dalam pada itu, Azmi berpendapat tindakan masyarakat dahulu banyak banyak memberi pengajaran supaya dapat menggelakkan diri daripada gangguan makhluk halus.
Kita kena elakkan.
Sebab itu orang dulu mereka letak tandas di luar rumah.
Mereka tutup tingkap dan pintu apabila maghrib tapi kita tak.
Sumber: TikTok @Ashhrapp Channel
The post [VIDEO] Azmi Jamsari Kesal Masyarakat Kini Bina Tandas Dalam Rumah – ‘Ibarat Kita Bawa Makhluk Halus Masuk’ first appeared on OHBULAN!.





