28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ugut Harith Iskander & Keluarga, Tukang Rumah Dipenjara Lima Bulan

    Shopee Sale



    Seorang tukang rumah dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah menghantar mesej berbaur ugutan jenayah terhadap keluarga pelakon dan pelawak Harith Iskander menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu.

    Berniat mainkan perasaan

    Memetik laporan Harian Metro, Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Izzuddin Md Salim, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan.

    Saya berniat mainkan perasaan Harith Iskander sahaja, saya tiada maksud lain, saya minta maaf kepada keluarga mangsa.

    Difahamkan, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 24 Januari lalu dan penjara sebulan jika gagal membayar denda

    MENARIK:  ‘Walid’ Perk*sa, Cab*l 20 Pelajar, Konon Nak Sucikan Rahim – ‘Mangsa Berani Bersuara Selepas Tonton Drama Bidaah’

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang masih bujang didakwa menghantar WhatsApp berserta gambar yang mengandungi kata-kata ugutan yang kemudian diterima oleh bekas isteri Harith, Jezamine Lim.

    Kandungan Whatsapp itu kemudian dibaca Jezamine di sebuah restoran, di sini pada 8.50 pagi 23 Januari lalu.

    Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah