28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Walid’ Perk*sa, Cab*l 20 Pelajar, Konon Nak Sucikan Rahim – ‘Mangsa Berani Bersuara Selepas Tonton Drama Bidaah’

    Shopee Sale



    Seorang individu yang memegang jawatan pimpinan yayasan sebuah pondok di Lombok Barat, Indonesia ditahan polis selepas didakwa melakukan keganasan seksual terhadap puluhan pelajar perempuan.

    ‘Walid’ cabul, perkosa 20 pelajar

    Memetik laporan media tempatan Indonesia, suspek yang turut digelar sebagai ‘walid’ itu didakwa memperdaya mangsa dengan menjanjikan proses ‘pensucian rahim’.

    Difahamkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah bilik pada waktu malam.

    Pelajar tersebut dijanjikan akan melahirkan anak yang menjadi seorang wali.

    Hasil siasatan awal mendapati penderaan seksual itu berlangsung sejak 2016 hingga 2023 dan hampir 20 pelajar telah menjadi mangsa perbuatan jijik tersebut. Namun tujuh daripada mereka telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

    Sebahagian mangsa mengaku diperkosa, manakala selebihnya dicabul.

    Kes ini terbongkar selepas beberapa pelajar menonton drama Malaysia bertajuk ‘Bidaah’ yang menampilkan watak pemimpin kultus sesat bernama Walid Muhammad Mahdi Ilman.

    MENARIK:  Individu Titip Pesanan Isteri Jangan Terlalu Taat, Umisya Mazlan Setuju – ‘Nanti Suami Rasa Bosan’

    Persamaan jalan cerita dengan pengalaman mereka di pondok itu mendorong mangsa berani bersuara dan melaporkan kepada Unit Perlindungan Perempuan & Anak (PPA) Polresta Mataram.

    Kerana drama Walid ini mereka berani untuk speak?up.

    Menurut sumber, Polis telah memanggil saksi?saksi, termasuk mangsa untuk siasatan lanjut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah