27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Pemandu Teksi C*bul Penumpang, Polis Temui ‘Ubat Kuat’ & Alat Kontraseptif Dalam Kereta

    Shopee Sale

    Seorang pemandu teksi dalam talian ditahan pihak polis selepas dipercayai mencabul penumpang wanita dalam satu kejadian di Jakarta Pusat.

    Artikel Berkaitan: Ustaz Cabul, Paksa Anak Angkat & Anak Saudara Buat Hubungan Seks

    Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja

    Pemandu teksi ambil kesempatan

    Sekadar gambar hiasan

    Kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu di kawasan Apartmen Istana Harmoni, Jakarta Pusat, apabila mangsa menggunakan perkhidmatan teksi dalam talian pada 1 April lalu.

    Namun, situasi bertukar cemas apabila suspek, 39, mula menunjukkan tingkah laku mencurigakan ketika dalam perjalanan.

    Suspek dipercayau membawa kenderaan ke kawasan sunyi sebelum bertindak mencabul dengan cara memegang, meramas paha dan menindih badan mangsa.

    Mangsa sempat merakam kejadian dan melawan sebelum menyelamatkan diri.

    Rakaman video yang dibuat mangsa kemudian tular di media sosial dan pihak berkuasa akhirnya berjaya menahan suspek.

    MENARIK:  Kes Khalwat: Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah, Bayar Denda RM3,000 – ‘Sudah Selesai, Tutup Buku’

    Hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa barangan dalam kenderaan tersebut, termasuk alat berkaitan dadah, dadah, ubat kuat, alat kontraseptif, dua telefon bimbit serta kenderaan yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

    Kes kini disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan seksual dan jenayah di Indonesia.

    Terdahulu, insiden itu mula mendapat perhatian selepas satu video dimuat naik di media sosial memaparkan detik cemas yang dialami mangsa ketika berada di dalam kenderaan tersebut.

    Sumber: Kalteng Antaranews

    The post Tular Video Pemandu Teksi C*bul Penumpang, Polis Temui ‘Ubat Kuat’ & Alat Kontraseptif Dalam Kereta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah