34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trisha Ooi Sifatkan Uqasha Senrose Sebagai Profesional, Tak Mahu Campur Urusan Peribadi

    Shopee Sale

    Pelakon, Trisha Ooi menyifatkan Uqasha Senrose seorang yang profesional meskipun berhadapan dengan kemelut rumah tangganya bersama Kamal Adli pada ketika ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Batasan Dalam Berpakaian & Babak Keterlaluan..’ – Trisha Ooi

    Artikel Berkaitan: Trisha Ooi Sanggup Tindik Kening Demi Watak, Tetap Letak Batas Supaya Tak Keterlaluan – ‘Sebagai Manusia, Kena Ada Limitasi’

    Profesional

    Ketika ditemui , pemilik nama Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, berkata sepanjang tempoh bekerjasama dengan Uqasha sangat mudah dan menyenangkan.

    Bagi saya, dia professional bila melibatkan kerja. Dia punya kehidupan peribadi saya tidak campur dan tidak mahu komen apa-apa.

    Masa bekerja dengan dia alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya bangga untuk bekerja dengan sesiapa pun.

    Bagi saya, kalau ada apa-apa berkaitan dengan hidup dia sendiri biarlah dia yang kongsi.

    Bagaimanapun, Trisha berkata dia enggan mengulas lanjut kerana bukan tempatnya untuk bercakap tentang privasi aktres itu.

    MENARIK:  Thariq Halilintar Pinta Restu Di Atas Kubur Arwah Bapa Aaliyah Massaid – ‘Minta Izin Nikahi Puteri Om’

    Dalam pada itu, pelakon drama Risik Pada Hati itu berkata dia juga enggan mencampuri perkara yang tidak melibatkan hidupnya dan lebih memilih untuk membuat hal sendiri.

    Sekadar makluman, Trisha dan Uqasha bergandingan dalam satu drama bertajuk ‘Jika Cinta Itu Buta‘ yang telah tamat ditayangkan pada tahun ini.

    The post Trisha Ooi Sifatkan Uqasha Senrose Sebagai Profesional, Tak Mahu Campur Urusan Peribadi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah