Fenomena curang dalam hubungan bukan lagi sesuatu yang asing malah semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Didakwa Kantoi Teman Skandal Ambil Ubat, Warganet Puas Hati Tengok Hasil Video Isteri – ‘Kualiti Jelas, Sasaran Tamparan Tepat’
Artikel Berkaitan: Isteri Tekun Tunai Ibadah Haji, Suami ‘Kantoi’ Berfoya Dengan Instafamous
Hukum sebarkan aib suami curang
Dalam masa sama, semakin ramai juga yang memilih untuk berkongsi pengalaman tersebut secara terbuka di media sosial.
Namun di sisi agama, apakah hukum seorang isteri menyebarkan aib suaminya yang curang secara terbuka?
Menerusi penjelasan yang dibuat oleh pendakwah, Ustaz Muhaizad Muhammad, dia menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu mudah mendedahkan aib orang lain walaupun dengan alasan ingin memberi pengajaran.
Menurutnya, masyarakat hari ini tidak perlu lagi mencari contoh tambahan kerana pelbagai kisah dan pengajaran sudah banyak dipaparkan.
Justeru, Ustaz Muhaizad mengingatkan agar setiap individu menahan diri daripada menyebarkan keburukan orang lain.
Jangan cepat buat alasan. Banyak dah pelajaran yang ditunjukkan contohnya di televisyen, tidak perlu tambah lagi lebih-lebih lagi aib orang.
Kita bergaduh dengan orang, tak perlu sebarkan. Nanti di akhirat bimbang Allah SWT buka aib kita.
Dalam pada itu, Ustaz Muhaizad menegaskan walaupun ada yang mendakwa pendedahan dibuat untuk memberi pengajaran namun niat tersebut boleh berubah tanpa disedari.
Tambahnya, jika niat asal sudah tersasar akan dikhuatiri menjadi beban dosa yang perlu ditanggung kelak.
Biarpun kita tegaskan kita sebarkan kerana mahu beri pelajaran tapi bimbang bila dah buat niat jadi lain.
Kalau aib kita, orang sebarkan kita marah atau tidak? Mesti akan marah. Maka tidak perlu sebarkan aib orang kecuali orang itu memiliki hati yang bersih.
Kalau niat dah salah nanti, takut kita kena tanggung dosa.
Sumber: Youtube
The post Trend Dedah Curang Di Media Sosial Semakin Berleluasa, Ustaz Muhaizad Ingatkan Jangan Buka Aib – ‘Takut Kena Tanggung Dosa’ first appeared on OHBULAN!.





