28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terima Kasih kepada Mereka yang Mengkritik, Kerana Tanpa Kritikan Mereka, Saya Tidak Akan Dapat Peluang Ini – Syada Amzah

    Shopee Sale



    haters syada

    Semenjak kontroversi berhubung masalah keluarga menjadi perhatian ramai, penyanyi Syada Amzah sering kali dihujani dengan kecaman dan kritikan daripada warganet.

    Hadiah hari jadi

    haters syada

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah mendedahkan satu komen berbaur negatif yang ditulis oleh seorang pengguna media sosial.

    Try hard nyanyi lagu luar dengan harapan viral dan dijemput ke negara tersebut. Lambat lagi dik..

    Dalam hantaran yang sama, Syada kemudian menyelar individu tersebut dan berkongsi bahawa dia bakal terbang ke luar negara hasil daripada usahanya merakam semula atau ‘cover’ beberapa buah lagu dalam bahasa asing sebelum ini.

    Hadiah hari jadi tahun ini. Baru Januari dah ada tiga negara! Tapi saya dapat tawaran pergi ke negara yang merupakan salah satu bahasanya saya dah ‘cover’. Syukur Alhamdulillah!

    Terima kasih haters, tanpa mulut awak yang masin saya tak dapat tawaran ni.

    Bagaimanapun Syada tetap bersyukur kerana masih ramai peminatnya yang tidak putus-putus menyokong dan mendoakan kejayaannya.

    Terima kasih kepada penyokong sebab tak berhenti bagi kata-kata yang baik, doa-doa yang baik. Semoga semua perkara baik berbalik kepada awak dan keluarga. Amin Ya Allah.

    Terdahulu, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini dilihat kerap memuat naik video-video yang memaparkan dia sedang bernyanyi lagu-lagu dalam bahasa asing antaranya bahasa Arab, Tagalog dan bahasa Sepanyol.

    MENARIK:  Dominasi 7 Anugerah Di MDA d Awards, REV Media Group Bukti Sebagai Penerbit Digital Terkemuka Malaysia

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah