28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tomok Bagi Peluang Dekat Anak Untuk Tonjol Bakat Dalam Konsert – ‘Sikit-Sikit Bolehlah, Belajar Jangan Lupa’

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, anak kepada vokalis kumpulan New Boyz, Tomok iaitu Arrian Shah Akid pernah menyanyikan lagu ‘Meraung’ dengan baik sekali ketika sambutan Hari Raya pada tahun 2022.

    Terbaru, hasrat Arrian untuk menyanyi bersama ayahnya di atas pentas akhirnya tercapai.

    Bagi peluang sikit

    Bersempena Konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam, Arrian yang berusia 12 tahun, berjaya mendapat peluang seketika daripada ayahnya untuk menyanyikan lagu ‘Hanya Tinggal Sejarah’ di hadapan 3,000 penonton yang hadir.

    Ternyata keberanian Arrian untuk menyanyi pada masa tersebut mendapat pujian dan tepukan yang sangat gemuruh daripada penonton. Mana taknya, darah seni dalam tubuh Tomok akhirnya diwarisi anak sulungnya itu. Memang sedap suara Arrian!

    Semasa sesi sidang media, sempat bertanya kepada Tomok mengenai peluang yang diberikan kepada Arrian. Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail memberitahu, Arrian sudah lama menyuarakan hasrat untuk menyanyi pada konsert, namun, ditolak.

    Arrian pernah meluahkan hasrat untuk menyanyi, iaitu ketika New Boyz mementaskan konsert di Kuala Lumpur dan Singapura, tahun lalu, tetapi, saya tak benarkan.

    Jadi, untuk konsert ini saya berfikir apa kata bagi dia peluang. Saya ajak dia naik ke pentas untuk menyanyi sedikit lagu Hanya Tinggal Sejarah.

    Tambah Tomok, sebagai bapa dia sentiasa menyokong minat anaknya dalam bidang seni, namun, dia mahu kesemua anaknya mengutamakan pendidikan terlebih dahulu.

    Bolehlah bagi dia peluang sikit-sikit. Tetapi, apa yang penting, belajar jangan dilupa. Pelajaran itu penting. Saya utamakan pelajaran mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Enggan Ambil, Abang Minyak Hitam Jalanan Infaq Semula RM3,000 Sumbangan Dicky Yau

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah