30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tindakan Individu Viralkan Foto Solat Berjubah Tanpa Telekung Dipersoal, Siti Nurhaliza Respon – ‘Dapat Pahala Tak Kalau Reda?’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Hakimin tampil mengulas isu membabitkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menunaikan solat dengan mengenakan jubah tanpa telekung, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Peminat Terpesona Dengan Wajah Siti Nurhaliza Tanpa Solekan – ‘Terima Kasih Tegur Saya’

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Buat Penampilan Istimewa, Pukau Orang Ramai Dengan Lagu ‘Training Season’

    Isu solat tanpa telekung

    Menerusi hantaran di Threads, Khairul menyifatkan tindakan individu yang mengambil gambar Siti sedang beribadah dan menyebarkannya sebagai perbuatan tidak sopan dan telah mencetuskan polemik dalam kalangan wargamaya.

    Susahnya menjadi seorang Siti Nurhaliza. Dah elok fokus solat pun orang pergi ambil gambar dan sebarkan. Betapa besarnya dosa orang itu, jadi buat orang lain bergaduh sana sini.

    Hantaran berkenaan kemudian mendapat perhatian Siti apabila dia tampil membalas di ruangan komen dalam nada tenang.

    Tidak apa, agak-agak dapat pahala tak kalau kita reda?.

    Terdahulu, penampilan pelantun lagu Cindai itu ketika menunaikan solat di sebuah masjid mengundang persoalan segelintir pihak mengenai kesahihan ibadah tersebut.

    MENARIK:  Floor 88, Black Hanifah & Kumpulan XPDC Peng-Yu Bakal Meriahkan Matec 2025

    Bagaimanapun, kekeliruan itu terjawab apabila Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menjelaskan bahawa solat berkenaan adalah sah selagi menepati syarat aurat dan rukun solat.

    Sumber: Threads

    The post Tindakan Individu Viralkan Foto Solat Berjubah Tanpa Telekung Dipersoal, Siti Nurhaliza Respon – ‘Dapat Pahala Tak Kalau Reda?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah