29.2 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jaga Diri Bukan Kezaliman, Tapi Tanda Hormat Pada Amanah Allah SWT’ – Puteri Sarah

    Shopee Sale

    Pelakon, Puteri Sarah menyifatkan bahawa meluangkan masa untuk memelihara rohani dan jasmani bukanlah satu bentuk kezaliman, sebaliknya merupakan tanda penghormatan terhadap amanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Menangis Menang Saman Fitnah, Momen Peluk Syaikhul Undang Sebak

    Artikel Berkaitan: Didakwa Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Beri Respon – ‘Dah Move On Lah!’

    Jaga diri

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata sebelum ini dia pernah rasa serba salah apabila melakukan perkara itu.

    Bagaimanapun menurut Sarah apabila diri dijaga dengan baik, matlamat hidup akan lebih mudah dicapai dengan tenang.

    Dulu rasa bersalah bila ambil masa untuk diri sendiri.

    Macam pentingkan diri bila keluar rumah untuk masa peribadi.

    Tapi sekarang sedar jaga diri bukan kezaliman, itu tanda hormat pada amanah yang Allah titipkan.

    Bila badan rasa senang, hati jadi tenang. Bila minda terjaga, baru dapat fokus pada keluarga dan kerjaya.

    Dalam pada itu, Sarah berkata para wanita yang kuat adalah mereka yang menjaga dirinya dengan baik.

    Wanita kuat bukan yang tidak pernah penat tapi yang tahu bila perlu berhenti dan berehat.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini – ‘Majlis Diadakan Secara Tertutup’

    The post ‘Jaga Diri Bukan Kezaliman, Tapi Tanda Hormat Pada Amanah Allah SWT’ – Puteri Sarah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah