Pelakon Indonesia, Tika Bravani, mendedahkan dirinya pernah menjadi sasaran buli sewaktu di bangku sekolah menengah.
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Watak ‘Astrid’, Annisa Kaila Tak Terasa Hati – ‘Ada Yang Cubit Saya Sebab Geram’
Artikel Berkaitan: Filem Anak Kunti Satu Interpretasi Moden Dari Naskah Legenda Indonesia, Temui Penonton Bermula 20 Februari Ini
Ganggu mental

Ketika ditemui , pemilik nama Ratu Tika Bravani, 36, berkata kes buli berkenaan berpunca daripada penampilan dirinya serta kesukaran dalam bertutur menggunakan bahasa Indonesia.
Menurut Tika, kes tersebut berlaku sebaik sahaja dia pulang ke Indonesia selepas menetap selama tiga tahun di Australia bagi mengikut bapanya yang menyambung pengajian di sana.
Saya pernah dibuli ketika di sekolah menengah.
Waktu itu saya baru pulang dari Australia dan rambut saya berwarna merah.
Saya akui, bahasa Indonesia saya tak begitu lancar dan saya bertutur menggunakan Bahasa Inggeris sahaja.
Bagi saya, tindakan mereka yang memulau dan memberi kata-kata yang tidak baik kepada saya, memang mengganggu mental.
Saya rasa ketika itu saya tak diterima semua dan tiada kawan.
Tika berkata demikian ketika ditemui selepas selesai Tayangan Perdana Filem Ozora: Penaniayaan Brutal Penguas Jaksel yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Perasaan seorang ibu

Berkongsi lebih lanjut, aktres tersebut turut berpandangan pengalaman buli yang pernah dihadapinya masih boleh dianggap sebagai kes yang kecil berbanding kes-kes buli yang berlaku pada masa sekarang.
Saya yakin ramai pelajar yang dilayan sebegitu di sekolah.
Mereka membuli pelajar lain mungkin disebabkan perbezaan agama atau tiada apa yang orang lain ada seperti kasih sayang dan perhatian keluarga.
Mengulas lebih lanjut tentang penglibatannya dalam filem terbaharu dari arahan Anggy Umbara, Tika mengakui berasa sebak kerana karya tersebut diinspirasikan daripada kisah benar yang melibatkan kes penganiayaan kejam terhadap seorang remaja di Indonesia, David Ozora.
Saya juga seorang ibu, saya dapat rasa sakit itu.
Seorang anak yang dibesarkan dengan kasih sayang oleh ibu bapanya, tetapi dianiaya rakan sebaya, seolah-olah tiada harga diri.
Pada mulanya, saya agak takut untuk berlakon dalam filem ini kerana melibatkan pihak berkuasa.
Bila saya fikir semula, filem ini ada pentingnya.
Filem ini dapat beri kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya buli ini.
Filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel diangkat daripada kisah sebenar yang mengejutkan rakyat Indonesia pada tahun 2023, kes buli ini melibatkan seorang remaja lelaki bernama David Ozora.
Filem ini telah mula ditayangkan di Indonesia pada 4 Disember tahun lalu dan dijadualkan menemui penonton Malaysia pada 22 Januari ini.
The post Tika Bravani Dakwa Pernah Dibuli Ketika Zaman Sekolah – ‘Saya Tiada Kawan, Mereka Pulaukan Saya’ first appeared on OHBULAN!.





