Seorang bakal pengantin meluahkan rasa kesal apabila sepupunya memaklumkan bahawa dia mahu menyambut hari lahir anak semasa majlis persandingannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Rai Hari Lahir Peminat, Penuhi Hasrat Pesakit Leukemia – ‘Saya Cuba Jadi Sahabat Syurga Awak’
Artikel Berkaitan: Usahawan Kek Dakwa Artis Umur 30an Minta ‘Sponsor’ Majlis Hari Lahir – ‘Mohon Maaf..’
Luahan bakal pengantin

Menerusi luahan di Threads, wanita itu berkongsi bahawa tarikh persandingannya dan hari lahir kanak-kanak itu jatuh pada hari yang sama.
Bagaimanapun, wanita berkenaan kurang senang untuk meraikan hari lahir anak kepada sepupunya itu semasa hari bahagianya.
Baru lepas bergaduh dengan mak ayah sebab sepupu nak tumpang sambut hari lahir anak dia masa majlis sanding aku.
Dia dah WhatsApp aku cakap nak minta anak dia potong kek sekali masa upacara potong kek aku.
Aku tak balas mesej dia. Kenapa aku nak kena potong kek sekali dengan anak kau?
Lepas tu dia bagitau mak dia iaitu mak cik aku. Mak cik telefon ayah aku dan beritahu.
Tindakannya itu telah mencetuskan pertelingkahan antara dirinya dan ibu bapa gara-gara tidak mahu memenuhi keinginan sepupu.
Dia cakap dia datang kenduri aku sebab tu tak sempat nak sambut hari lahir anak dia. Kalau macam tu tak payah datanglah.
Semak nak menempel majlis kahwin aku. Kenapa manusia tak ada common sense langsung.
Mak ayah pula cakap aku berkira dengan budak tujuh tahun sebab tak nak potong kek sekali.
Menurut wanita itu, sepupunya berkemungkinan tidak akan menghadiri majlis berkenaan. Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak ambil pusing akan isu tersebut malah majlis tetap akan diteruskan seperti biasa.
Ayah beritahu sepupu aku mungkin dia tak nak datang. Nak merajuk sebab aku tak layan.
Lantaklah, aku tetap kahwin dan bukannya pakai duit kau pun.
Dalam hantaran terbaharu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa sepupunya telah memohon maaf selepas kisah mereka tular di media sosial.
Sumber: Threads
The post Bakal Pengantin Tolak Permintaan Sepupu Tumpang Sambut ‘Birthday’ Anak Semasa Majlis Sanding first appeared on OHBULAN!.





