30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bantu Tingkatkan Kesuburan Lelaki & Wanita, Ini Antara Khasiat Madu Yang Ramai Tak Tahu

    Shopee Sale

    Madu merupakan hasil lebah yang mengumpul nektar daripada pelbagai jenis bunga. Madu asli diperoleh terus dari sarang lebah, ianya akan ditapis terlebih dahulu untuk memastikan kualitinya tulen.

    Artikel Berkaitan: ‘Anggur Shine Muscat’ Cegah Sembelit, Bantu Kekalkan Keanjalan Kulit Wajah

    Artikel Berkaitan: Sup Ketam Boleh Merawat Demam Denggi? Mitos Atau Fakta? Ini Jawapannya

    Madu pengganti gula

    Terdapat lebih daripada 300 jenis madu di seluruh dunia dan masing-masing mempunyai aroma, warna, dan rasa yang unik.

    Selain dijadikan sebagai manisan semula jadi, madu juga kaya dengan asid amino, vitamin, mineral, zat besi, zink, dan antioksidan, menjadikannya bahan yang berkhasiat untuk tubuh badan.

    Menurut pakar nutrisi, madu boleh membantu membakar lemak walaupun ketika badan sedang berehat, dan pengambilan sesudu madu sebelum tidur dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan.

    Rasanya yang manis juga menjadikan madu pilihan yang ideal bagi menggantikan gula dalam diet harian.

    Dalam perubatan tradisional, madu digunakan untuk melegakan batuk, sakit tekak, dan jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

    Madu turut digunakan dalam penjagaan kulit kerana sifatnya yang lembap dan antiseptik. Ianya berupaya membantu merawat luka kecil serta menjadikan kulit lebih sihat.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Kena Reject, Takkan Kami Bayar Penalti Pula?’ – Kak KM

    Memberikan tenaga

    Menariknya, madu juga dipercayai menyokong fungsi otak dan daya ingatan. Kandungan polifenol di dalamnya berpotensi mengurangkan keradangan pada otak yang berkait dengan memori, sekali gus meningkatkan kesihatan otak secara menyeluruh.

    Selain itu, madu juga berupaya melegakan sakit tekak, mengurangkan kahak, dan membantu tidur menjadi lebih lena.

    Kandungan gula semula jadi seperti fruktosa dan glukosa memberikan tenaga, manakala fruktooligosakarida menyokong pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus.

    Madu juga kaya dengan asid amino proline yang penting bagi pembinaan kolagen dan membantu menguatkan otot serta sendi tulang.

    Tambahan lagi, ianya mengandungi vitamin B, A, C, serta mineral seperti kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi, dan fosfat, menjadikannya bahan semula jadi yang menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh.

    Madu tualang khususnya dipercayai dapat menyokong kesuburan lelaki dan wanita dengan meningkatkan kuantiti serta kualiti sperma, serta membantu pengawalan hormon dalam kalangan wanita.

    Sumber: e Central, Medical News Today

    The post Bantu Tingkatkan Kesuburan Lelaki & Wanita, Ini Antara Khasiat Madu Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah