29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zubir Khan Sah Bergelar Suami Kepada Doktor Mualaf

    Shopee Sale

    Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Dr. Heama Maleini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zubir Khan Terima Nasihat Netizen, Mohon Beri Masa Bakal Isteri Dalami Agama Islam – ‘Dia Ibarat Bayi’

    Artikel Berkaitan: Kongsi Video Pra-Perkahwinan, Zubir Khan Hitung Hari Bergelar Suami

    Sah suami isteri

    Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada petang Jumaat di sebuah lokasi yang hanya dihadiri keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

    Zubir atau nama lengkapnya Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dr. Heama tanda penyatuan mereka sebagai pasangan suami isteri.

    MENARIK:  ‘Celup Seluar Dalam Sebelum Bagi Pelanggan Makan’ – Pengamal Perubatan Islam Kongsi Jenis Sihir Restoran

    Mencuri perhatian, pasangan tersebut tampil anggun dalam persalinan berkonsepkan India, sekali gus menyerikan lagi suasana majlis yang berlangsung dalam penuh adat dan tradisi.

    Terdahulu, Zubir menerusi beberapa hantaran di Instagram berkongsi momen pra-perkahwinan bersama Dr. Heama dan memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

    Zubir juga memaklumkan bahawa isterinya telah memeluk agama Islam pada Mei sebagai sebahagian daripada persiapan menuju alam perkahwinan.

    The post Zubir Khan Sah Bergelar Suami Kepada Doktor Mualaf first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah