29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Didakwa Tampar Budak Umur Empat Tahun Gara-Gara Tak Tahan Dengar Tangisan 

    Shopee Sale

    Foto: MGR Online

    Seorang lelaki didakwa menampar kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ketika sedang bermain di sebuah kawasan permainan.

    Artikel Berkaitan: Tampar Anak Orang, Jurulatih Kena Gantung Tugas Hingga Siasatan Selesai

    Tampar kanak-kanak 

    Memetik laporan Thaiger, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kawasan permainan kanak-kanak di pusat pembelajaran TK Park yang terletak di Phayao, Thailand.

    Insiden tersebut berlaku kira-kira jam 2.48 petang pada 25 Julai lalu dan turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

    Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang duduk di atas riba ibunya yang cuba menenangkannya sebelum seorang lelaki berusia 24 tahun menghampiri dan didakwa menampar wajahnya.

    Kakitangan pusat pembelajaran berkenaan kemudian segera mendatangi mereka sebelum mengarahkan lelaki itu meninggalkan kawasan tersebut.

    Menurut ibu mangsa, lelaki terbabit tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif sebelum kejadian dan tidak memahami mengapa dia tiba-tiba menyerang anaknya.

    MENARIK:  Tak Sanggup Berjauhan Dengan Anak, Kak KM Rancang Kerap Ke Singapura

    Susulan kejadian itu, ibu kanak-kanak berkenaan tampil membuat laporan polis dan membawa anaknya ke Hospital Phayao untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

    Berdasarkan laporan MGR Online, ibu mangsa berkata, ahli keluarga lelaki itu telah memohon maaf dan mendakwa dia sensitif terhadap suara tangisan kanak-kanak serta salakan anjing. 

    Namun, wanita itu menegaskan dia tidak dapat menerima alasan tersebut.

    Sementara itu, pihak polis memaklumkan keputusan pemeriksaan perubatan mangsa akan dimasukkan ke dalam kertas siasatan, manakala pihak penyiasat akan terus mengumpul bukti sebelum mempertimbangkan pertuduhan yang sesuai.

    Sumber: Thaiger 

    The post Lelaki Didakwa Tampar Budak Umur Empat Tahun Gara-Gara Tak Tahan Dengar Tangisan  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah