25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tidak Tinggal Solat, Rajin Mengaji & Pemurah’ – Orang Ramai Singkap Sisi Sebenar Allahyarham Bung Moktar

    Shopee Sale

    Pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, bukan sahaja meninggalkan kekosongan dalam arena politik negara, tetapi turut menyingkap keperibadiannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Kehilangan Sahabat Sejati, Setia Menemani Waktu Susah & Senang’ – Ahmad Zahid Berduka Atas Pemergian Allahyarham Bung Moktar

    Artikel Berkaitan: Suami Zizie Izette Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

    Allahyarham baik, pemurah

    Menerusi hantaran di Threads, beberapa netizen tampil mendedahkan sifat sebenar Allahyarham dan menyifatkan arwah seorang yang dermawan, mudah didekati dan sangat menjaga hubungan dengan Pencipta.

    Bukan itu sahaja, Allahyarham juga dikenali dengan sifatnya yang murah hati dalam membantu golongan yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan.

    Difahamkan, Allahyarham pernah memberikan bantuan kewangan kepada beberapa pelajar yang berdepan dengan kesempitan wang.

    Tidak hanya itu, suami kepada pelakon Zizie Ezette itu disifatkan sebagai individu yang sangat peramah dan tidak meletakkan jurang dengan orang biasa meskipun dirinya adalah seorang yang berpengaruh.

    MENARIK:  ‘Setiap Ramadan Kena Kecam, Dulu Lelaki Itu Sekarang Sekam Di Dada’ – Adi Putra

    Bekas kakitangan sebuah hospital swasta mendedahkan bahawa sepanjang berada di wad, Allahyarham tidak pernah meninggalkan solat sunat dan sering dilihat mengaji Al-Quran.

    Untuk rekod, Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir di usia 66 tahun, pada pukul 1.46 pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

    Allahyarham dilaporkan menerima rawatan akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

    Jaga hubungan dengan Allah

    Keperibadian mulia Allahyarham

    Sumber: Threads

    The post ‘Tidak Tinggal Solat, Rajin Mengaji & Pemurah’ – Orang Ramai Singkap Sisi Sebenar Allahyarham Bung Moktar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah