25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Ramadan Kena Kecam, Dulu Lelaki Itu Sekarang Sekam Di Dada’ – Adi Putra

    Shopee Sale



    Datuk Adi Putra

    Menerima kecaman hebat gara-gara memegang watak lelaki baran dalam drama Sekam Di Dada, pelakon, Datuk Adi Putra menganggap lakonannya telah berhasil dan sampai kepada penonton.

    Lakonan berjaya

    Datuk Adi Putra

    Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim, 44, bersyukur dan menghargai setiap respon yang diberikan penonton baik dari sudut positif mahupun negatif terhadap watak Nasir yang dilakonkan.

    Saya bersyukur bila dikecam sebab sudah lama tak dikecam. Ibarat kecam di dadalah. Jadi, semua emosi panas baran dan kebencian terhadap watak Nasir, berjaya sampai pada hati penonton.

    Kalau rasa tak sampai, mungkin saya tidak dapat kecaman itu. Saya hargai setiap kecaman mereka walaupun geram dan dilemparkan pelbagai bentukkemarahan, namun bila jumpa di luar, tidaklah teruk sangat pun orang marah.

    Adi berkata demikian ketika ditemui di majlis Meet & Greet Drama Sangat TV3, yang berlangsung di Setia City Mall, Shah Alam pada Ahad.

    Dua tahun kena kecam

    Datuk Adi Putra

    Tambah Adi, dia tidak menyangka apabila Ramadan tahun ini, drama lakonannya sekali lagi memberi impak kepada penonton selepas kejayaan naskhah Lelaki Itu yang turut meledak tahun lalu.

    Setiap Ramadan kena kecam, dulu Lelaki Itu, sekarang Sekam Di Dada. Setiap tahun pada bulan Ramadan, drama lakonan saya mendapat tempat di hati ramai dan mesej yang hendak disampaikan diterima ramai.

    Walaupun sudah 22 tahun berlakon, saya syukur tak kecewakan peminat. Harap Ramadan tahun depan ada kecaman lagi.

    Mengulas mengenai babak disuap nasi oleh rakan gandingan, Amyra Rosli yang tular dalam media sosial, Adi menjawab, dia tidak meyangka adegan tersebut melekat dalam ingatan penonton.

    Alhamdulillah babak disumbat nasi itu hanya dilakukan dengan sekali sahaja. Gandingan dengan Amyra pun berjalan dengan baik.

    Syukur semuanya dipermudahkan dan babak-babak itu berjaya melekat dalam hati penonton. Apa dilakukan Amyra itu adalah seperti mewakili perasaan penonton.

    Selain Adi dan Amyra, drama arahan Zamri Zakaria itu turut dibintangi Josiah Hogan, Qistina Khaled, Auni Yusri, Puteri Sarah serta Arash Mohd.

    MENARIK:  Tak Hadap Publisti, Nonny Nadirah Jawab Isu Seksi & Botakkan Rambut – ‘Iman Turun Naik’

    Sekam Di Dada kini hangat ditayangkan menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di TV3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah