30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada Siapa Ingin Perceraian Berlaku’ – Nubhan Masih Boleh Berkawan Baik Dengan Dr. Fie Demi Anak-Anak

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ahmad Nubhan berharap hubungannya dengan bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah Tawfek dapat dikekalkan dalam keadaan baik demi kepentingan anak-anak.

    Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berjaya Dapatkan Hak Jagaan Anak, Nubhan Diberi Lawatan Sebulan Dua Kali

    Artikel Berkaitan: Nubhan Tolak Tepi Sementara Isu Rumah Tangga & Dakwaan Orang Ketiga – ‘Saya Kena Fokus GV’

    Masih boleh berkawan baik

    Nubhan, 39, berkata, fokus utamanya kini adalah memberi perhatian kepada karier serta memastikan kebajikan tiga cahaya mata mereka terjaga.

    Selepas ini, kami masih boleh berkawan baik demi anak-anak. Saya rasa tak ada masalah untuk berkawan, hubungan kami diharapkan masih baik.

    Fokus kami adalah untuk menjaga kebajikan anak dan besarkan mereka dengan baik. Saya harap yang terbaiklah untuk semua pihak dan buat bekas isteri saya juga.

    Nubhan berkata demikian selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa.

    Ketika ditanya mengenai perasaan sayangnya terhadap bekas isteri, Nubhan memilih untuk tidak mengulas panjang.

    Saya tak boleh komen perkara (perasaan sayang) itu. Kita orang yang baik-baik sajalah.

    Dalam pada itu, Nubhan turut menzahirkan rasa syukur apabila semua urusan mahkamah berjalan lancar, meskipun perceraian bukan perkara yang diinginkan oleh mana-mana pasangan.

    Tiada siapa yang ingin perkara ini (perceraian) berlaku, siapa yang inginkan perkara ini berlaku. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Doa yang terbaik sajalah untuk kehidupan kami yang seterusnya.

    Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

    MENARIK:  [VIDEO] Fasha Sandha Enggan Ulas Tentang Imej Berhijab – ‘Saya Tak Cukup Sempurna Untuk Cakap Hal Keagamaan’

    Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

    Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    The post ‘Tiada Siapa Ingin Perceraian Berlaku’ – Nubhan Masih Boleh Berkawan Baik Dengan Dr. Fie Demi Anak-Anak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah