33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada Lagi Wajah Yasir Mansor, Siti Khadijah Jaafar Dalam Siaran Buletin Utama

    Shopee Sale

    Selepas 23 tahun menghiasi kaca televisyen waktu perdana, penyampai berita TV3, Yasir Mansor telah mengakhiri tugasan di Buletin Utama pada Selasa.

    Artikel Berkaitan: ‘Selfie’ Yasir Mansor Curi Tumpuan, Netizen Puji Wajah Tolak Tua – ‘Crush Since 2002’

    Tiada lagi wajah Yasir, Khaty

    View on Threads

    Yasir berkata setiap perjalanan pasti ada penghujungnya namun langkahnya dalam dunia penyiaran masih diteruskan.

    Walaupun hari ini (semalam) merupakan hari terakhir saya bersiaran di Buletin Utama tetapi saya tidak akan ke mana-mana sebenarnya masih lagi berada di Media Prima sebagai seorang editor dan di industri penyiaran.

    Di kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini membimbang saya termasuk pengurusan dan penyampaian terdahulu yang menjadi mentor saya terutama sekali kepada penonton.

    Kalau rindu saya, titipkan doa.

    Sementara itu, mengikut jejak Yasir, penyampai berita berkaliber TV3, Siti Khadijah Jaafar juga dilaporkan telah menamatkan tugasannya di Buletin Utama selepas sekitar 11 tahun.

    MENARIK:  Zahiril Adzim Mahu Ubah Tabiat Minum Kopi  Selepas Bangun Tidur – ‘ Takut Malaikat Maut Pula Yang Tegur’

    Sama seperti Yasir, Siti Khadijah yang lebih mesra disapa Khaty akan terus berkhidmat di Bilik Berita TV3 sebagai editor di unit berita digital.

    Genap 11 tahun saya menjadi suara yang menyampaikan berita penting kepada penonton. Saya mendoakan semua rakan penyampai yang lain terus berjaya dan terbang tinggi.

    Sumber: Threads (1), (2)

    The post Tiada Lagi Wajah Yasir Mansor, Siti Khadijah Jaafar Dalam Siaran Buletin Utama first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah