Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pemerhatian.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Titip Kata-Kata Semangat Buat Tun Mahathir – ‘Jaga Kesihatan, Kami Sayang Tun’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sangka Dia Pergi…’ – Tun Dr Mahathir
Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang berkata bapanya kini berada di bawah pemantauan pihak hospital sejak semalam.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir diberikan setakat ini.
Sekadar info, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 selepas berkenalan ketika sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi Isnin pada usia 100 tahun.
Sumber: Sinar Harian
The post Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN Untuk Pemerhatian first appeared on OHBULAN!.





