25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Dikejarkan Ke Hospital, Empat Hari Demam & Muntah

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Fazura dilaporkan mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan sejak beberapa hari lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Di Indonesia Tak Sangka Fazura Singgah Kedai – ‘Orangnya Merendah Diri & Cantik’

    Artikel Berkaitan: Fazura Selamat Kembali Ke Malaysia – ‘Terima Kasih Hati Baik Yang Mendoakan’

    Rawatan di hospital

    Perkara tersebut dikongsikan oleh salah seorang pekerja yang memaklumkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, mengalami demam urat, sakit tonsil serta muntah selama empat hari.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan darah yang dijalani Fazura tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan serius susulan keadaan yang dialaminya itu.

    MENARIK:  Cinta Pandang Pertama: Lee Jae Wook & Karina Aespa Berkencan Hangat Setelah Sebulan Bertemu?

    Bagaimanapun, doktor menasihati agar pelakon berusia 43 tahun itu mendapatkan rehat yang secukupnya.

    Kami baru saja ke hospital.

    Empat hari kak faz demam urat, sakit tonsil dan muntah.

    Lepas dapat keputusan darah syukur tiada yang serius cuma terlalu penat.

    Doktor suruh banyak rehat.

    Dalam pada itu, pekerja yang lebih mesra dengan panggilan Angah itu turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Fazura kembali pulih seperti biasa.

    Jangan risau semua ya. Doakan Kak Faz kembali sembuh seperti biasa. 

    Sumber: Threads

    The post Fazura Dikejarkan Ke Hospital, Empat Hari Demam & Muntah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah