29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar Maut Di Asrama Dipercayai Dipukul Senior Guna Paip Getah

    Shopee Sale

    Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang meninggal dunia di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah pada 25 September lalu dipercayai dipukul oleh pelajar senior menggunakan paip getah.

    Didakwa dibuli pelajar senior?

    Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku selepas solat Maghrib ketika pelajar sepatutnya mengikuti sesi ulang kaji atau ‘prep’.

    Suspek dipercayai memanggil mangsa, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq, 14, ke biliknya di tingkat dua sebelum memukul tapak kaki mangsa beberapa kali menggunakan paip getah.

    Sejurus masuk ke dalam bilik, mangsa dipukul beberapa kali pada bahagian tapak kaki menggunakan getah paip.

    Mangsa kemudian diarahkan berdiri dan membuka baju sebelum dipukul menggunakan tangan pada bahagian depan dan belakang badan sehingga rebah.

    Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah katil dan cuba memberikan bantuan pernafasan sebelum menghubungi warden asrama.

    Suspek menghubungi warden asrama untuk memaklumkan keadaan mangsa sebelum pelajar itu dibawa ke hospital. Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

    Polis kini menahan dua suspek, termasuk seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang direman enam hari sehingga 3 Oktober.

    MENARIK:  TipsXTRA: Tak Perlu Rasa Bersalah Berhenti Menyusu Anak, Ini Nasihat Ain Edruce Buat Para Ibu

    Setakat ini polis telah mengambil 68 keterangan saksi yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan kes berkenaan.

    Seramai 51 pelajar, empat guru dan lima warden telah memberikan keterangan yang konsisten mengenai kejadian tersebut.

    Bagaimanapun, masih terdapat beberapa lagi saksi yang akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

    Beberapa pelajar turut tampil mendakwa pernah dibuli suspek pertama.

    Polis turut menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan dan mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Pelajar Maut Di Asrama Dipercayai Dipukul Senior Guna Paip Getah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah