25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Boleh Nak Kahwin Secepat Mungkin Tapi Belum Jumpa Ciri Wanita Yang Dicari’ –  Aniq Suhair

    Shopee Sale

    Memasuki usia 26 tahun, pelakon Aniq Suhair mengakui sudah tiba masanya untuk memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Akui Khilaf, Pusat Terdedah Ketika Babak Tanpa Baju

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Azeva Ada Ciri-Ciri Wifey Material Yang Saya Suka’ – Aniq Suhair

    Mahu kahwin

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Aniq Suhair Mohd. Salleh, 26, berkata keluarganya juga sudah mula mendesaknya untuk mendirikan rumah tangga.

    Malah adik-beradiknya turut berharap agar dia segera memberikan mereka seorang anak saudara.

    Ya, sebenarnya saya kalau boleh nak kahwin secepat mungkin sebab memang dapat tekanan daripada keluarga.

    Adik-beradik saya pun memang ada tanya, ‘bila nak ada baby?’, mereka mahu bermain dengan bayi.

    Saya rasa sekarang memang sudah sampai waktunya cuma calon itu belum ada.

    Saya ada kriteria wanita yang saya suka tetapi belum jumpa lagi ciri-ciri wanita yang dicari.

    Mengulas lanjut, Aniq berkata dia lebih selesa sekiranya dapat mencari pasangan yang bukan daripada kalangan penggiat industri seni.

    Kalau boleh (yang bukan dalam industri). Saya sudah ada latar belakang dalam industri ini jadi saya nak cari seseorang yang luar dan kontra supaya nanti boleh kongsi masing-masing punya pengalaman.

    Ketika ditanya mengenai gandingannya bersama pelakon Amylia Aidura dalam drama Hanya Untuk Dia, Aniq meluahkan rasa syukur apabila keserasian mereka mendapat sambutan positif daripada penonton.

    Yang komen positif tu alhamdulillah, maknanya lakonan dan keserasian kami menjadi di televisyen tetapi kami hanya sekadar rakan sekerja.

    The post ‘Kalau Boleh Nak Kahwin Secepat Mungkin Tapi Belum Jumpa Ciri Wanita Yang Dicari’ –  Aniq Suhair first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Rossa Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Menetap Di Luar Negara – ‘Rasa Sudah Tak Relevan’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah