28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahiril Adzim Mahu Ubah Tabiat Minum Kopi  Selepas Bangun Tidur – ‘ Takut Malaikat Maut Pula Yang Tegur’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zahiril Adzim meluahkan hasrat untuk mengubah tabiat gaya hidupnya yang sebelum ini memulakan pagi dengan secawan kopi.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tanam Dalam Kepala, Nak Murah Rezeki Kena Bahagiakan Isteri’ – Zahiril Adzim

    Artikel Berkaitan: Zahiril Adzim Tak Kisah Berganding Dengan Heroin Kontroversi, Isteri Pesan Jaga Diri Di Set Penggambaran

    Habit

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Zahiril, 41, berkata tabiat itu sering ditegur isterinya dan juga doktor yang menasihatinya supaya lebih berhati-hati demi kesihatan.

    Menurut Zahiril, dia turut bimbang pengambilan kopi yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada kesihatannya jika tidak diubah.

    Kalau bangun sekitar 5 atau 6 pagi, kortisol kita tengah tinggi kan? Agak-agaknya seawal jam berapa yang sebaik-baiknya untuk caffein intake?

    Sebelum ini, saya jenis celik mata je kopi dulu tapi nak ubah habit ni sebab isteri dan doktor dah tegur.

    Takut malaikat maut pula yang tegur, itu jam apa pun tak sempat dah

    Cadangan netizen

    Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya turut memberikan pendapat dan cadangan yang berguna kepada Zahiril.

    MENARIK:  Nora Danish Tak Tersinggung Digelar Ustazah & Artis Contoh – ‘Saya Aminkan Doa Tersebut’

    Segelintir netizen mencadangkan pengambilan kopi dibuat selepas jam 10 pagi atau pada waktu petang, kerana ketika itu tahap kortisol lebih rendah.

    Sumber: Threads

    The post Zahiril Adzim Mahu Ubah Tabiat Minum Kopi  Selepas Bangun Tidur – ‘ Takut Malaikat Maut Pula Yang Tegur’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah