Seorang isteri meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa suaminya sering bertindak keterlaluan setiap kali berselisih faham.
Artikel Berkaitan: Dakwa Sering Dipukul, Isteri Bayar Pembun*h Upahan Akhiri Nyawa Suami
Artikel Berkaitan: Suami Nekad Bagi ‘Madu’ Selepas Rasa Terabai, Dakwa Isteri Sering Tolak Hubungan Intim – ‘Saya Mampu Jaga Dua Orang’
Isteri dedah tindakan suami
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan mendakwa suaminya pernah mengambil kunci kereta ketika mereka bertengkar.
Dakwanya lagi, suaminya sanggup mencabut bateri kereta selepas dia enggan menyerahkan kunci tersebut.
Kejam tak suami aku? Bila gaduh dia akan ambil remote penghawa dingin.
Ambil kunci kereta. Pernah aku tak nak bagi kunci kereta dia sanggup cabut bateri.
Padahal dia tau aku kerja. Jadi aku terpaksa naik perkhidmatan e-hailing.
Menurutnya, pertengkaran tersebut tercetus selepas dia dikatakan menjawab apabila diminta untuk melipat pakaian.
Gaduh sebab aku menjawab bila dia suruh aku lipat baju. Bukan aku tak lipat langsung. Aku cakap nanti aku buat.
Sumber: Threads
The post ‘Kejam Ke? Dia Ambil Remote Aircond & Kunci Kereta’ – Isteri Persoal Sikap Suami Setiap Kali Bergaduh first appeared on OHBULAN!.





