25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwa Sering Dipukul, Isteri Bayar Pembun*h Upahan Akhiri Nyawa Suami

    Shopee Sale

    Seorang wanita didakwa mengupah pembunuh untuk membunuh suaminya selepas mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga (KDRT).

    Artikel Berkaitan: Setahun Hilang, Jumpa Semula Tinggal Rangka…Gadis 18 Tahun Dipercayai Dibunuh

    Artikel Berkaitan: Mondy Tatoo Didakwa Punca Rakan Dibunuh, Angkara Cinta Tiga Segi?

    Bunuh suami

    Wanita dikenali sebagai MM, 34, dan ibunya, JM, dipercayai telah merancang pembunuhan itu sejak Mei lalu dengan mengupah lelaki, MK, dengan bayaran Rp85 juta (RM19,000) untuk melaksanakan rancangan mereka.

    MK pada awalnya cuba meracuni mangsa, Budi dengan mencampurkan bahan tertentu ke dalam kopi, namun usaha itu gagal.

    MM kemudian membawa suaminya ke sebuah kebun di Dusun Baru, Kabupaten Merangin dan meminta MK memukul lehernya menggunakan batu cobek.

    Mangsa kemudian diikat pakai tali hingga tiga jam. Setelah mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, mereka mengebumikan mangsa dengan keadaan tangan terikat.

    Bagaimanapun, kes itu terbongkar selepas keluarga Budi mula curiga apabila mangsa tidak kelihatan. Mereka kemudian mencarinya di sekitar kawasan kebun sebelum menemukan jasad Budi.

    MENARIK:  Nonny Nadirah Tolak Lamaran Jadi Isteri – ‘Saya Bukan Calon Yang Sesuai’

    Susulan itu, ketiga-tiga suspek kini ditahan dan polis turut merampas beberapa barang bukti yang dipercayai digunakan untuk pembunuhan.

    Sumber: Regional Kompas

    The post Dakwa Sering Dipukul, Isteri Bayar Pembun*h Upahan Akhiri Nyawa Suami first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah