25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Sarah Jadikan Rumah Tangga Tun Mahathir & Tun Hasmah Sebagai Contoh – ‘Bukan Sekadar Cinta, Cari Yang Sekufu’

    Shopee Sale

    Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi pandangan mengenai kepentingan memilih pasangan hidup yang sekufu, khususnya dari segi ilmu, pemikiran dan cara melihat kehidupan.

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Masuk Wad Kecemasan, Alami Luka Dalam Tekak – ‘Setiap Hari Tidur Lewat, Sibuk Kerja & Belajar’

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya, Suruh Dia Cari Suami Gaji RM20K, Gaji RM5K Macam Awak Tak Layak’ – Puteri Sarah

    Cari pasangan yang sama pemikiran

    Menerusi perkongsian di Threads, Puteri Sarah menjadikan rumah tangga negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai contoh perkahwinan yang baik.

    Menurutnya, keindahan sesebuah rumah tangga bukan hanya saling mencintai tetapi turut mampu berkomunikasi pada tahap pemikiran yang sama.

    Orang selalu bercakap tentang mencari pasangan yang boleh membahagiakan kita. Tapi bagi saya, ada satu perkara yang sama penting, mencari pasangan yang sekufu, terutama dari segi ilmu, pemikiran dan cara melihat kehidupan.

    Saya melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai satu contoh yang menarik.

    Bagi saya, cantiknya sebuah perkahwinan bukan hanya apabila dua orang saling mencintai, tetapi apabila mereka boleh bercakap pada level pemikiran yang sama, menghormati ilmu masing-masing, bertukar pandangan dan terus berkembang bersama.

    Tambah Puteri Sarah, sekufu tidak semestinya bermaksud pasangan perlu mempunyai kelayakan akademik atau kerjaya yang sama.

    MENARIK:  Tyzo Xander Mendedahkan Bukti Sebenar Kedudukan Rating, Adakah Suria Cinta Paling Tercorot?

    Sebaliknya, perkara lebih penting adalah keserasian dari segi pemikiran, kematangan serta keinginan untuk terus menjadi lebih baik bersama.

    Sekufu bukan bermaksud mesti mempunyai sijil atau kerjaya yang sama. Tetapi apabila pemikiran, nilai, kematangan dan keinginan untuk terus belajar itu seiring.

    Carilah pasangan yang bukan hanya mahu hidup bersama kita, tetapi seseorang yang boleh sama sama membesar.

    Sumber: Threads

    The post Puteri Sarah Jadikan Rumah Tangga Tun Mahathir & Tun Hasmah Sebagai Contoh – ‘Bukan Sekadar Cinta, Cari Yang Sekufu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah