29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Sangka Dia Pergi…’ – Tun Dr Mahathir

    Shopee Sale

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyorot perhatian menerusi sebuah video pendek susulan pemergian isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

    Artikel Berkaitan: Video Tun Mahathir Kongsi Tips Rumah Tangga Kembali Tular – ‘Kita Kena Toleransi..’

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Pergi Sambutan Hari Kemerdekaan Rasa Kosong’ – Tun Mahathir

    ‘Tak sangka…’

    Menerusi perkongsian di Threads, Tun Mahathir berkongsi beberapa momen terakhir bersama isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

    Pada hantaran yang sama, Tun Mahathir dilihat bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di ruangan meja makan.

    Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir mengakui tidak menyangka dengan pemergian isterinya memandangkan keadaan kesihatan Allahyarhamah masih baik sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

    Saya tidak sangka dia meninggal dunia hari ini.

    Dia dalam keadaan baik saja semalam.

    Sekadar info, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 selepas berkenalan ketika sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

    MENARIK:  Shuhada Shukri Dedah Perbualan Lucah Didakwa Hafidz Roshdi & Penyondol? – ‘Aku Minta Cerai Sebab Ni’

    Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

    Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi Isnin pada usia 100 tahun.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Tak Sangka Dia Pergi…’ – Tun Dr Mahathir first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah