30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada Istilah Anak Emas’ – Nelissa Nizam

    Shopee Sale

    Sudah empat kali berlakon dalam naskhah di bawah arahan Dr. Ahmad Idham, pelakon Nelissa Nizam menepis dakwaan yang mengatakan dia adalah anak emas sutradara tersebut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahmad Idham Sanggup Berhabis RM200K Untuk Babak ‘Drift’ Filem Impak Maksima 2 – ‘Scene Itu Tidak Sampai Dua Minit’

    Artikel Berkaitan: ‘Awak Merepek Apa Ni Mat, Bila Masa Ada Isu Bul* Dari Pelakon Senior?’ – Ahmad Idham

    Anak emas

    Menganggap ini semua soal rezeki, Nelissa atau nama lengkap Nelissa Edreena Nizam, 27, berkata, dia tidak pernah menyifatkan dirinya istimewa berbanding pelakon lain.

    Jelas Nelissa, dia sentiasa berusaha mempamerkan mutu lakonan terbaik meskipun berlakon dengan mana-mana pengarah.

    Bagi saya untuk menjawab dakwaan tersebut, tiada istilah anak emas. Tapi kalau orang nak cakap macam itu, saya tak boleh halang.

    Sebenarnya banyak sahaja projek abang Idham yang tak libatkan saya. Saya juga berlakon banyak bawah arahan pengarah lain.

    Cuma mungkin sebab dia selesa bekerja dengan saya. Kami dah kenal lama, mungkin itu yang buatkan kami senang bekerjasama. Saya faham cara dia, dia pun tahu apa saya boleh beri.

    Nelissa berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Impak Maksima 2 di Litar APDCREW, Serdang, pada Jumaat.

    Sentiasa bersikap profesional, Nelissa berharap orang ramai tidak tersalah anggap sehingga timbul dakwaan terbabit gara-gara mukanya sering muncul dalam filem arahan Ahmad Idham.

    Rasanya dia (Ahmad Idham) layan sama sahaja macam pelakon lain. Bila dah selesa kerja dan dia okay, tentulah dia akan panggil semula. Tak timbul isu anak emas pun. Semua ini tentang kepercayaan, rezeki dan profesionalisme.

    Antara filem yang dibintangi Nelissa di bawah arahan pengarah berusia 51 tahun itu adalah Saka Perawan, Reza GTR, Sahak Gangster dan terbaharu Impak Maksima 2.

    MENARIK:  Petugas Kesihatan Mengucap Panjang, Budak 7 Tahun Ketagih Manis – ‘Datang Klinik Biru Muka, Rupanya Setiap Hari Kunyah 5 Sudu Gula’

    Buat drift sendiri

    Bercerita tentang Impak Maksima 2 yang pernah mencetuskan fenomena pada musim pertama, Nelissa mengakui menggalas tugas yang besar dan cabaran berbeza buat dirinya.

    Malah, kata bekas anggota The Gadys itu, ini pertama kali dia melakonkan aksi lasak termasuk memandu kereta aksi sendiri, tanpa bantuan pelagak ngeri.

    Impak Maksima 1 dah ada pengikut setia. Jadi semestinya harapan tinggi diletakkan untuk sambungannya. Kami semua dah beri yang terbaik.

    Semoga penonton suka dan terima usaha kami. Kami berlatih lebih sebulan. Ada satu babak perlumbaan, saya bawa sendiri kereta laju. Jujurnya, saya takut sebab bukan biasa pandu begitu, tapi saya cabar diri.

    Bila tengok hasilnya, saya puas hati. Memang tekanan tinggi sebab peminat filem pertama ramai. Tapi saya percaya kami berjaya capai tahap setanding atau lebih baik. Tak sabar tunggu penonton tengok nanti.

    Selain Nelissa, Impak Maksima 2 yang bakal menemui penonton di pawagam pada 17 Julai turut dibintangi Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Arfie Shah, Aydeel Idham dan ramai lagi.

    The post ‘Tiada Istilah Anak Emas’ – Nelissa Nizam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah