30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petugas Kesihatan Mengucap Panjang, Budak 7 Tahun Ketagih Manis – ‘Datang Klinik Biru Muka, Rupanya Setiap Hari Kunyah 5 Sudu Gula’

    Shopee Sale

    Gambar sekadar hiasan

    Seorang petugas kesihatan berkongsi pengalaman mencemaskan selepas didatangi seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami ketagihan gula melampau.

    Artikel Berkaitan: Padah Beli Ubat Di ‘Klinik’ Tak Diiktiraf, Paras Gula Pesakit Kencing Manis Naik Mendadak! Ini Pesanan Doktor

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disahkan Hidap Diabetes Selepas Derita SLE, Pempengaruh Luah Rasa Sedih – ’24 Tahun Tak Minum Manis, Macam Mana Saya Nak Nikmati Hidup?’

    Ketagihan gula

    Menerusi perkongsian di laman Threads, petugas kesihatan tersebut mendedahkan bahawa kanak-kanak itu akan menyelinap ke dapur untuk mengambil gula dan makan setiap hari.

    Mengucap panjang aku hari ini, pesakit umur tujuh tahun datang klinik sudah biru muka.

    Rupanya dia ketagihan gula! Setiap hari dia akan sorok-sorok ambil gula dekat dapur dan makan sekurang-kurangnya empat ke lima sudu gula, kunyah macam tu je ya.

    Dah tujuh bulan dia buat macam tu dan ibu dia sedar bila dia dah pucat lesu, tak boleh bernafas.

    Menurut petugas kesihatan itu, kanak-kanak berkenaan terlalu memilih makanan malah menolak untuk mengambil makanan berkhasiat.

    Lebih mengejutkan, ibu bapa hanya menuruti keinginan anak berikutan terlalu penat melayan kerenahnya yang cerewet soal makanan.

    Adik ni memilih makanan. Dia cuma makan gula, dan setiap hari dia akan minta nugget atau makanan segera yang ada ayam goreng sahaja, nasi tak mahu.

    Ibu bapa bagi alasan, dah malas nak layan yang penting dia makan dari tak makan langsung.

    Dia tak obes, kurus kering dan berat 13kg.

    Kesan pengambilan gula

    Difahamkan diagnosis awal mendapati kanak-kanak itu berkemungkinan mengalami penyakit diabetis.

    MENARIK:  Ubai Teruja Lihat Gaya Tudung Shila Amzah Jadi Ikutan Peminat Di China, Seloroh Mahu Buka Bisnes Hijab

    Dalam masa yang sama, petugas kesihatan itu juga mengingatkan masyarakat tentang bahaya pengambilan gula berlebihan.

    Kebanyakkan gula yang terdapat di pasaran adalah gula tambahan dan bukannya gula semula jadi. Gula ini hanya membekalkan kalori dengan sedikit atau hampir tiada langsung nilai nutrisi.

    Bayangkan gula berlebihan masuk dalam badan, organ-organ akan bekerja lebih keras dari biasa, risiko kegagalan organ sangat tinggi.

    Sumber: Threads

    The post Petugas Kesihatan Mengucap Panjang, Budak 7 Tahun Ketagih Manis – ‘Datang Klinik Biru Muka, Rupanya Setiap Hari Kunyah 5 Sudu Gula’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah