27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tetaplah Nak Harga Pakej Suami Isteri, Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu’ – Shila Amzah

    Shopee Sale

    Penyanyi Shila Amzah, kecewa dengan sikap segelintir pihak yang sering menganggap dirinya dan suami yang juga pempengaruh, Ubai seperti satu ‘pakej’.

    Artikel Berkaitan: ‘Ubai Tahu Saya Tidak Suka Lipat Baju, Alhamdulillah Dia Terima Kekurangan Saya’ – Shila Amzah

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Minta Netizen Berhenti Perlekehkan Syada – ‘Semua Sudah Dewasa, Belajar Jadi Matang’

    Bukan pakej

    Menerusi perkongsian di laman Threads, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, menegaskan bahawa dia dan Ubai tidak seharusnya dilihat secara pasangan dalam urusan kerja atau undangan persembahan meskipun mereka adalah suami isteri.

    Menurut Shila, setiap pihak seharusnya memandang mereka sebagai penggiat seni yang mempunyai kelebihan tersendiri. Justeru, harga bagi setiap tawaran kerja adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh masing-masing.

    Tetaplah nak harga pakej suami isteri.

    Usahlah kawan-kawan.

    Kasihani kami yang freelance ini, kami tak datang dengan pakej. Kami bukan beli satu percuma satu.

    Tak kiralah muncul satu saat atau cuma guna suara.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan pelantun lagu Patah Seribu itu dan berpendapat mereka perlu dihormati di atas nilai kerja bukan kerana status hubungan suami isteri.

    MENARIK:  ‘Mama Juga Mahu Puteri Sarah Gembira’ – Patimah Ismail

    Dalam masa yang sama, warganet juga menekankan bahawa usaha Shila dan Ubai untuk membina nama dalam industri hiburan bukan diambil dalam masa yang singkat.

    Sumber: Threads Shila Amzah

    The post ‘Tetaplah Nak Harga Pakej Suami Isteri, Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah