29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terokai Potensi Dan Bina Masa Hadapan Korang Di Minggu MyBakat 2026 Oleh TalentCorp

    Shopee Sale

    Bercerita tentang peluang atau hala tuju masa depan, jujur cakap, setiap orang ada cabaran dan perjalanan yang berbeza. Ada yang masih tercari-cari bidang pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian, ada yang rasa pekerjaan mereka tak sesuai dengan potensi diri dan ada juga yang sudah bertahun-tahun bekerja tetapi mula rasa stuck di satu tempat.

    Dalam masa yang sama, ada juga wanita yang mahu kembali aktif bekerja selepas berehat seketika kerana komitmen keluarga. Peralihan ini confirm akan buat korang fikir:-

    “Aku sebenarnya sesuai kerja dalam bidang apa?” atau “Kemahiran apa yang majikan nak sekarang?”.

    Kenali potensi diri & fahami apa yang diperlukan masa hadapan

    Atas kesedaran inilah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), badan pemikir strategik dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), menganjurkan Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp.

    TalentCorp berperanan dalam memacu strategi bakat Negara dengan memahami bagaimana keperluan tenaga kerja dan industri sedang berubah, serta membantu memastikan bakat Malaysia mempunyai akses kepada maklumat, kemahiran, rangkaian dan sokongan yang relevan untuk terus berkembang.

    Melalui Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp, pelbagai program, inisiatif dan peluang pembangunan bakat dibawa bersama dalam satu acara yang boleh diterokai oleh rakyat Malaysia. Di sinilah peserta boleh mengenali dengan lebih dekat apa yang ditawarkan oleh TalentCorp, industri, kerajaan dan akademia, mendapatkan maklumat yang berguna serta meneroka pilihan yang mungkin sesuai dengan perjalanan masa depan mereka.

    Salah satu perkara menarik tentang Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp ialah ia direka untuk memberi manfaat kepada semua peringkat umur dan fasa kehidupan. Buat pelajar sekolah dan mahasiswa, kehadiran ke program ini boleh membantu korang mengenali kekuatan serta minat diri lebih awal sebelum membuat keputusan tentang pengajian atau laluan masa depan.

    Bagi para graduan baharu dan pekerja yang mahu meneroka peluang dalam bidang baharu, ia menjadi medan terbaik untuk memahami landskap industri semasa, terutamanya mengenai impak kecerdasan buatan (AI) serta kemahiran baharu yang semakin dicari oleh majikan hari ini.

    Malah, program ini turut menyediakan ruang panduan khas buat wanita yang mahu kembali bekerja dan veteran Angkatan Tentera Malaysia yang ingin memanfaatkan pengalaman dan kemahiran sedia ada untuk meneroka hala tuju baharu selepas bersara.

    Fahami perubahan industri & belajar terus daripada mentor

    Mungkin ada yang berfikir bahawa untuk hadir ke program sebegini, kita kena tahu apa yang kita nak. Sebenarnya, tak perlu macam tu pun, apa yang penting korang datang dengan perasaan ingin tahu atau persoalan yang memerlukan jawapan.

    MENARIK:  Teman Lelaki Ajak Kahwin Tetapi Minta Tinggalkan Anak-Anak Di Rumah Anak Yatim, Alasannya 'Nak Hidup Tanpa Kenangan Lalu'

    Peserta berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada barisan pempengaruh seperti Christy Ng, Madnor dan Amin x Abid di mana mereka berkongsi tentang sisi kehidupan dan hala tuju masa depan yang mungkin jarang dibincangkan secara terbuka menerusi segmen “Unwritten Rules of Growing Up”.

    Dengan menyertai program Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp ini juga, peserta boleh mengenali kekuatan diri melalui sesi penilaian dan konsultasi, menyertai sesi pembangunan kemahiran serta mendapatkan pandangan secara langsung daripada mentor dan pemain industri.

    Di samping itu, ruang interaksi secara terus dengan pihak majikan, agensi kerajaan, dan TalentCorp memberi kelebihan besar kepada sesiapa sahaja yang mahu membuat persediaan diri yang lebih mantap. Bukan apa, dunia pekerjaan hari ini berkembang dengan sangat pantas disebabkan oleh kemajuan teknologi dan automasi.

    Pendedahan ini membantu peserta memahami kemahiran yang semakin diperlukan, mengenal pasti ruang dan peluang, serta membuat pilihan yang lebih berinformasi tentang hala tuju mereka.

    Peluang luas dengan lebih 60 ‘booth’ pameran interaktif

    Apa yang pasti, bakat dan potensi seseorang itu tidak wajar dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan atau kelayakan akademik semata-mata. Pengalaman hidup, minat, kemahiran praktikal dan kesanggupan untuk belajar perkara baharu adalah faktor terbesar dalam menentukan kejayaan masa depan.

    Dengan lebih 60 booth serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari, program ini dijangka menghimpunkan sekitar 1,500 hingga 2,000 peserta yang mahu mengambil langkah baru dan berani demi masa depan mereka.

    Jika korang sedang memikirkan langkah seterusnya dengan pelbagai persoalan atau cuma seseorang yang mahu membuka pintu peluang yang lebih luas, luangkan masa sehari untuk hadir dan timba pengalaman di sini.

    Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp akan berlangsung pada 8 Oktober 2026 (Khamis), bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, bertempat di Connexion Conference & Event Centre (Nexus), Bangsar South, Kuala Lumpur.

    Pendaftaran awal adalah amat dialu-alukan. Daftar terlebih dahulu dan semak maklumat lanjut menerusi mybakat.my.

    Datang dengan persoalan, rasa ingin tahu dan kesediaan untuk meneroka. Mungkin satu sesi, satu perbualan atau satu perspektif baharu di Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp dapat membantu korang melihat dengan lebih jelas apa yang boleh dibina untuk masa hadapan.

    The post Terokai Potensi Dan Bina Masa Hadapan Korang Di Minggu MyBakat 2026 Oleh TalentCorp first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah