Penyanyi Nourul Depp, memberikan pendapatnya tentang ketegasan dalam mendidik anak-anak terutama ketika berada di sekolah bersama guru.
Artikel Berkaitan: Nourul Depp Kagum Siti Nurhaliza Pimpin Tangan Habsah Hassan Di AIM25 – ‘Saya Hormati Kesopanan & Kebaikannya’
Denda murid

Menerusi hantaran di Threads, Nourul mengimbas kembali zaman persekolahannya, di mana dia pernah menerima pelbagai bentuk hukuman daripada guru.
Menurut pemilik nama Noorulhuda Abdul Wahab itu, pengalaman tersebut tidak membuatkan dirinya menyimpan rasa marah terhadap guru, sebaliknya bersyukur kerana pernah mendapat didikan yang tegas.
Saya kena cubit di perut, kena tarik sideburn. Kena berdiri atas kerusi. Kena rotan dekat tapak tangan. Kena berdiri tengah panas.
Saya bersyukur sebab kita dapat cikgu hebat. Kerana itu menjadikan siapa saya hari ni.
Dalam masa sama, ibu kepada empat orang cahaya mata tersebut turut menyifatkan sekolah sebagai tempat yang seharusnya memberikan rasa selamat kepada pelajar, selain menganggap teguran dan hukuman yang diterima sebagai sebahagian daripada pembentukan sahsiah diri.
Cikgu adalah ibu bapa kedua. Sekolah adalah rumah kedua. Harus selamat kerana rumah kita adalah selamat.
Tambah Nourul, teguran tegas perlu diterapkan semula di sekolah demi masa depan generasi akan datang.
Tak apa dimarahi dan dirotan sikit-sikit. Demi masa depan anak-anak.
Terutamanya generasi beta dan alpha.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Apa Dimarahi & Dirotan Sedikit, Demi Masa Depan Anak’ – Nourul Depp first appeared on OHBULAN!.





