32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gadis 13 Tahun Dirog*l 30 Lelaki Dalam Tempoh Lima Hari, Dipaksa Minum Alkohol

    Shopee Sale

    Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun melalui pengalaman hitam apabila dia didakwa dirogol oleh kira-kira 30 lelaki dalam tempoh lebih lima hari.

    Artikel Berkaitan: Tolak Lamaran Kahwin, Wanita Melecur Satu Badan Selepas Rumah Dibakar

    Artikel Berkaitan: Misteri Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Wanita Dalam Bagasi Di Rumah

    Dipaksa minum minuman alkohol

    Memetik sumber India Today, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di beberapa buah hotel sekitar Sri Ganganagar, Rajasthan, India.

    Menurut pihak berkuasa, mangsa pada awalnya dilaporkan hilang sebelum ditemui semula selepas dipercayai diperdagangkan kepada pemilik sebuah hotel oleh seorang penarik beca.

    Beberapa pengusaha hotel lain juga didakwa terlibat dengan kejadian eksplotasi seksual ke atas mangsa bawah umur tersebut.

    Difahamkan, beberapa individu yang merupakan pemilik serta pengurus hotel telah ditahan bagi membantu siasatan pihak polis.

    MENARIK:  Imran Bard Sedih Permohonan Visa Untuk Ke Coachella Ditolak, ‘Burn’ RM888 Bayar Temu Duga Dua Saat

    Hasil siasatan awal turut mendapati gadis berkenaan dipaksa mengambil minuman alkohol setiap kali dia menanggung kesakitan akibat hubungan intim secara paksa tersebut.

    Pendedahan mengenai kegiatan tidak bermoral itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai serta mencetuskan beberapa siri protes yang digerakkan oleh parti pembangkang utama, Parti Kongres di seluruh kawasan terbabit.

    Susulan kejadian itu, dipercayai terdapat lebih 150 buah hotel beroperasi secara tidak sah di Sri Ganganagar, walaupun kawasan tersebut bukan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan.

    Sumber: India Today

    The post Gadis 13 Tahun Dirog*l 30 Lelaki Dalam Tempoh Lima Hari, Dipaksa Minum Alkohol first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah