27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ayda Jebat Kongsi Kejadian Misteri Semasa Tidur, Dedah Anak Sulung Sering Nampak Kelibat Makhluk Halus – ‘Dia Tanya Kenapa Nenek Itu Datang Sini?’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya, Ana Nayla yang dikatakan ternampak kelibat makhluk halus.

    Nayla tengok tempat lain ketika berbual

    Menerusi aplikasi Threads, Ayda memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia menemani Nayla tidur di dalam biliknya.

    Malam ini tidur dengan Nayla berdua, ayah dia kerja.

    Bila tidur dengan dia memang akan rasa seram sikit sebab bila kita berborak sebelum tidur, dia cakap tapi akan pandang satu tempat ‘random’.

    Kadang-kadang di atas, kadang di tepi kita. Hati rasa nak tanya, ‘Tengok apa Nayla?’. Tapi takut kalau dengar jawapan daripada dia.

    Baik mama diam ja Nayla. Hahaha, cepat-cepat suruh dia tutup mata tidur.

    Tapi itulah, best bila borak berdua tapi yang tak bestnya bila dia tengok tempat lain.

    Selalu berlaku perkara misteri

    Bercerita lanjut, pelantun lagu ‘Memerang’ ini memaklumkan bahawa kejadian itu bukan pertama kali terjadi bahkan Nayla pernah beberapa kali ternampak kelibat makhluk halus sebelum ini.

    Bukan tak pernah, tengah borak-borak dia tiba-tiba cakap, ‘Mama kenapa nenek itu datang sini?’. Nasib itu bukan malam, siang hari buta ya.

    Bila dalam kereta, dia ‘Hi’ siap lambai luar tingkap. Malam-malam hari bila tanya dia cakap, ‘Ada hantulah mama’. Macam itu ja dia cakap.

    Bila pergi kedai makan, kadang-kadang ada ja yang dia tak nak masuk. Ini bukan cakap kedai restoran ke warung ke mana, dekat mall pun ada, hotel apatah lagi.

    Tambah Ayda lagi, kejadian misteri seperti itu membuatkannya takut untuk membawa Nayla menziarahi orang sakit di hospital.

    Kadang-kadang takut nak bawa dia melawat orang sakit di hospital ke, walaupun saya masuk hospital, saya tak kasi dia datang.

    Jadi, kawan ke saudara yang masuk hospital janganlah cakap, ‘Lah tak bawak anak ke?’.

    Maaf cakap, ini hospital. Banyak benda tak nampak, selain hantu, banyak penyakit juga.

    Tahun lalu, Ayda pernah berkongsi kejadian Nayla yang diganggu mahluk halus ketika sedang mandi di bilik airnya.

    MENARIK:  Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’

    Menerusi perkongsian dibuat, Ayda tidak menolak kemungkinan mahluk tersebut telah mengkori suaminya, Nabil Mahir pulang ke rumah selepas membuang sampah di sebuah kawasan.

    Tuturnya, Nabil berasa tidak sedap hati ketika membuang sampah di kawasan tersebut.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah