Maestro muzik Datuk M. Nasir, memilih untuk kekal aktif dan tidak merokok sejak dari usia muda demi menjaga kesihatan diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] M. Nasir Ulas Penilaian Eurovision, Akui Kehebatan Vokal Bukan Aspek Utama Kemenangan
Gaya hidup sihat

Ketika ditemui , M. Nasir, 68, berkongsi bahawa usia mudanya sering diisi dengan aktiviti sukan.
Menurut komposer dan penyanyi terkenal itu, amalan gaya hidup sihat masih diamalkan sehingga kini dengan aktiviti yang lebih ringan sesuai dengan usianya.
Sebelum saya menceburkan diri dalam bidang hiburan ni, saya sangat aktif dalam sukan. Saya pemain bola yang sangat aktif, malah sukan-sukan lain pun.
Apabila masuk dalam bidang hiburan ini, saya masih aktif lagi dalam sukan, tetapi lebih kepada bersenam.
Bukan itu sahaja, M. Nasir turut memaklumkan dia juga tidak mempunyai tabiat merokok kerana percaya ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Saya ada disiplin yang saya amalkan, apa yang tak bagus untuk badan saya sentiasa cuba jauhi. Umpamanya macam rokok, saya percaya yang perkara seperti itu boleh merosakkan badan.
Dari dahulu lagi saya tidak mengamalkan merokok tetapi itu tak menjadikan saya ini orang yang sentiasa sihat. Ada juga dari masa ke masa yang saya mengalami sakit.
M. Nasir berkata demikian ketika ditemui pada sindang media Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 yang berlangsung di Bendang Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, pengarah teater Mansur & Liu ini berkata, dia sering berdepan dengan perokok dan mengakui sukar untuk menegur mereka tentang bahaya tabiat tersebut.
Sering saja saya bertengkar dan bergaduh dengan mereka. Saya memarahi mereka kerana dalam keadaan yang perlu ditegur, namun tetap sahaja mereka tidak mendengar.
Saya kena pandai-pandai sendiri untuk mengelakkan daripada terlampau dekat dengan mereka terutama ketika mereka sedang menghisap rokok.
The post Katakan Tidak Pada Rokok Jadi Pendirian, M. Nasir Amal Gaya Hidup Sihat Sejak Muda first appeared on OHBULAN!.





